Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp masih belum menyerah kalah meskipun skuad kendaliannya tumpas 2-5 ditangan juara bertahan, Real Madrid pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022/23 yang berlangsung di Anfield, awal pagi tadi.
Baca Juga:
- Klopp Salahkan Padang Kering Sebagai Alasan Liverpool Keciciran Mata
- Klopp: “Manchester City Akan Juara Lagi”
- Klopp Anggap Darwin Nunez Termakan Provokasi
Kelebihan dua gol dimiliki pada 20 minit awal menerusi jaringan Darwin Nunez dan Mohamad Salah tidak mampu menggugat kehebatan Real Madrid yang bangkit dengan cukup hebat hasil sumbangan Vinicius Junior dan Karim Benzema masing-masing dengan dua gol serta Luka Modric.
Susulan dengan itu, Liverpool menjadi pasukan pertama dalam sejarah UCL yang tewas dengan defisit tiga gol setelah mendahului 2-0.
Bagaimanapun, Klopp masih percaya barisan pemainnya mampu untuk mencatatkan keputusan positif pada aksi kedua di Santiago Bernabeu, Madrid nanti.
“Saya rasa Carlo [Ancelotti] fikir bahawa perlawanan sudah berakhir dan saya juga merasakan benda yang sama pada ketika ini,” ujar Klopp menurut laporan FotMob.
“Tetapi dalam masa tiga minggu, semakin hampir ada dengan permainan semakin besar peluang kami dan semakin kecil kemungkinan peluang itu akan berakhir.”
“ni, dengan keputusan 5-2, mereka sangat baik dalam situasi serangan balas pantas dan kami perlu untuk menjaringkan tiga gol dan mengambil sedikit risiko. Jadi ia akan membuatkan agak rumit.”
“Kami pergi ke sana, saya boleh katakan sekarang dan cuba untuk memenangi perlawanan. Jika ianya boleh atau tidak, saya tidak tahu sekarang tetapi itulah yang kita akan cuba dan dari situ kita akan lihat.”