Pasukan bola sepak wanita Jamaica mencipta sejarah mara ke kalah mati Piala Dunia selepas membuka tabung Go Fund Me.

Baca Juga:

Ianya selepas Reggae Girlz mengikat Brazil 1-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Siapa sangka pasukan di ranking ke-43 dunia itu akan melepasi kumpulan yang turut dihuni Perancis dan Brazil.

Tidak ramai yang meletakkan mereka harapan dalam kejohanan ini. Mereka malah datang ke pertandingan ini dengan bantuan dana awam yang dikutip menerusi Go Fund Me.

Kenapa?

Pasukan wanita Jamaica ditindas oleh federasi bola sepak mereka. Di mana mereka tidak diberikan kontrak khas dan tidak dibayar elaun seperti dijanjikan.

Oleh kerana mereka berterusan tidak menerima gaji dan elaun dijanjikan mereka membuka tabung awam untuk menampung kelangsungan hidup sebagai atlet serta perjalanan mereka ke Piala Dunia Wanita yang dianjurkan di Australia dan New Zealand.

Berita itu benar benar mengharukan ramai pihak. Mereka bertanding atas nama Jamaica bukannya FA Jamaica.

Pada aksi pembukaan mereka mengikat pasukan pilihan Perancis 0-0 dalam aksi kumpulan F. Kemudian menewaskan Panama 1-0.

Pada aksi ketiga Jamaica mengejutkan pasukan yang dianggap antara terkuat di dunia iaitu Brazil, dengan skor seri tanpa jaringan.

Itu membolehkan mereka mara ke kalah mati buat pertama kali.

Keputusan itu sekaligus menyingkirkan Brazil daripada pertandingan kali ini.

Ketika artikel ini ditulis Tabung Go Fund Me untuk pasukan wanita Jamaica ataupun Reggae Girlz masih dibuka. Mereka sudah mengumpul hampir $70,000. Sasaran mereka adalah $100,000.

Di media sosial semakin ramai mengajak orang ramai pergi memberikan sokongan dana kepada pasukan Jamaica ini.

Seorang peminat bola sepak Jamaica menulis: “Pasukan wanita ini jauh lebih membanggakan daripada pasukan lelaki. Kenapa mereka dilayan sebegini.”

Sementara itu Squawka melabel ini sebagai kempen Go Fund Me terhebat.