Penyerang import pasukan Terengganu FC, Kipre Tchetche mula menunjukkan taring sebenar apabila beliau membantu TFC mencatat kemenangan ke atas Felda United dalam saingan Liga Super 2019 semalam.
Kipre sebelum ini berada dalam tekanan tinggi apabila beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam 11 perlawanan, 10 perlawanan Liga dan satu perlawanan Piala FA. Namun, nasib Kipre berubah apabila beliau menjaringkan satu gol ketika TFC membenam Kelantan United dalam saingan Piala FA.
50'| GOL TCHETCHE KIPRE!
Akhirnya, gol pertama hadir di Kuala Terengganu apabila kawalan baik oleh Kipre sebelum beliau melepaskan rembatan cantik untuk menewaskan Norazlan Razali!@FCTerengganu 1-0 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#TERFEL pic.twitter.com/bUajDZhK1b
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 19, 2019
Bekas ketua pasukan TFC itu berjaya mengekalkan rentak jaringan dimana beliau mencatat dua gol sekaligus membantu pasukannya bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut dengan menewaskan Felda United.
90'| GOL TCHETCHE KIPRE!
Kipre memanfaatkan kesilapan dari Jasazrin untuk gol kedua Sang Penyu pada malam ini. Kipre is back!@FCTerengganu 2-0 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#TERFEL pic.twitter.com/mzXtV0j0Uy
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 19, 2019
Jika Kipre mengekalkan prestasi cemerlang beliau, tidak mustahil pengurusan pasukan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) terus memberikan kepercayaan dan tidak menggugurkan namanya pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2019 yang akan dibuka pada Mei ini.