Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon mahu kesempatan dua aksi persahabatan di Chengdu digunakan sebaiknya barisan pemain Harimau Malaya untuk memperbaiki segenap aspek ketika beraksi di gelanggang lawan.

Baca Juga:

Ketika skuad negara dilihat cukup ampuh di laman sendiri apabila hanya tewas kali terakhir pada Jun tahun lalu sewaktu bertemu Bahrain, pengendali kelahiran Korea Selatan itu memandang serius kelonggaran ketika bertandang di gelanggang lawan.

Skuad negara tewas 0-3 ditangan Vietnam dan Thailand ketika Kejohanan Piala AFF 2022 dimana perjalanan Malaysia pada ketika itu terhenti di separuh akhir.

“Beraksi di laman sendiri, kami hanya tewas sekali kepada Bahrain tetapi apabila bermain di tempat lawan, kami tewas kepada Vietnam dan Thailand.”

Perlawanan di tempat lawan berbeza dari segi keadaan, penyokong dan segala-galanya,” ujar Kim menurut sumber laporan Bernama.

“Kami akan menghadapi Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di tempat sendiri dan tempat lawan dan juga perlawanan di tempat lawan adalah penting termasuk semua perlawanan Piala Asia tahun depan di tempat lawan.”

“Ia bagus untuk kami dan akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman bermain dengan pasukan lain di tempat lawan,” tambah beliau lagi.

Di Chengdu nanti, anak buah Kim Pan-gon akan turun beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Syria pada Rabu, 6 September 2023 sebelum menentang China bagi aksi kedua pada Sabtu, 9 September 2023.

Sumber