Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi mengumumkan ketua jurulatih Malaysia yang baharu dari Korea Selatan, Kim Pan-gon untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe sebelum ini.
Presiden FAM juga turut memaklumkan bahawa Kim Pan-gon akan turut membawa 4 orang staf kejurulatihan beliau sendiri termasuk jurulatih penjaga gol, pembantu teknikal dan juga penganalisis.
Dalam sidang media itu juga, Datuk Hamidin mendedahkan bahawa kontrak Kim Pan-gon bersama pasukan Malaysia adalah selama 2 tahun dengan pilih lanjutan 2 tahun lagi.
OFFICIAL | KFA vice-president Kim Pan-gon has resigned from his post. He is set to be appointed as a new manager of Malaysia national team. pic.twitter.com/YINCG7zaMm
— Korea Football News (@KORFootballNews) January 21, 2022
Kim Pan-gon akan tiba di Malaysia pada pertengahan bulan Februari 2022, dan akan memulakan ‘monitoring’ pemain-pemain dalam saingan bola sepak tempatan selepas itu.
Berdasarkan maklumat, Kim Pan-gon telah banyak menabur bakti bersama skuad kebangsaan Hong Kong diperingkat senior dan juga bawah 23 tahun sejak 2009.