Pemain kacukan Sepanyol-Malaysia, Kiko Insa, disahkan akan menyarung jersi pasukan Bangkok Glass FC dalam saingan Thai Premier League 1 musim 2018.

Bekas pemain Pahang FA itu juga dilaporkan berasa cukup gembira dengan perpindahan ke Bangkok Glass FC itu selepas diberitakan tidak gemar dengan posisi yang diberikan kepadanya ketika bersama Pahang FA.

Di pihak Bangkok Glass FC pula, kehadiran Kiko Insa yang dilahirkan di Sepanyol itu merupakan satu kelebihan bagi mereka kerana Kiko akan di daftarkan dibawah kuota pemain dari ASEAN yang mula dibukan musim ini.

2018-02-04_23-09-08

Saya “Dihalang” Mempamerkan Aksi Sebenar Di Pahang

Semasa bersama Pahang FA, ia tidak banyak membantu saya untuk mempamerkan aksi terbaik untuk membantu pasukan seperti yang saya mahu tunjukkan kepada penyokong.

“Jika anda melihat video permainan saya sebelum ini, saya bermain bukan pada posisi yang saya tidak suka dan selesa.”

“Sekarang saya gembira selepas berhijrah ke Thailand. Saya mahu membantu kelab untuk mencapai sasaran dan ini cukup penting bagi saya.

“Jurulatih pasukan ini juga berasal dari Sepanyol dan mereka telah memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada saya  untuk beraksi diposisi yang sebenar.”

Musim 2017 yang lalu, Bangkok Glass FC menamatkan saingan Thai Premier League 1 dikedudukan ke 5 dengan 56 mata hasil dari 16 kali menang, 8 kali seri dan 10 kali kalah, selain menjaringkan 63 gol dan bolos 44 gol.