Pemain pertahanan skuad negara, Ahmad Khuzaimi Piee menganggap sesiapa sahaja yang diberikan kepercayaan oleh Kim Pan-gon untuk beraksi pada pertemuan menentang Bahrain esok perlu memberikan sepenuhnya komitmen terhadap aksi tersebut.
Khuzaimi yang menyajikan aksi cemerlang ketika perlawanan persahabatan bertemu Filipina dan Brunei tidak diturunkan apabila Dion Cools, Shahrul Mohd Saad, Lavere Corbin-Ong dan Matthew Davies menjadi pilihan pengendali dari Korea Selatan itu.
Skuad negara berada di mood terbaik untuk menghadapi lawan yang merupakan pasukan di ranking ke-89 dunia itu selepas berjaya menundukkan Turkmenistan 3-1 pada Rabu lalu.
Malah, perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil esok pastinya akan menggamit lebih ramai penyokong setia untuk hadir memberikan sokongan.
“Perasaan semasa perlawanan dengan Turkmenistan bagi saya memang rasa cukup bersemangat untuk bermain. Tetapi siapa yang diberikan peluang itu boleh berikan 100 peratus,” ujar Khuzaimi bercakap dalam sidang media sebentar tadi.
“Menentang Bahrain, tak kira siapa pun yang akan bermain pada malam itu nanti, kami semua berharap kami mampu untuk memberikan yang terbaik bertemu Bahrain nanti.”
“[Sekiranya diberikan peluang beraksi] saya akan cuba berikan komitmen 100 peratus tetapi diharapkan rakan sepasukan semua dapat membantu saya kerana kita tahu bola sepak merupakan permainan berpasukan.”
“Jadi, sekiranya kalau kita cuba melakukan dengan sendiri, saya rasa mungkin kejayaan itu sukar untuk kita capai. Apa-apapun semangat berpasukan yang akan membantu saya dan rakan-rakan yang lain untuk perlawanan akan datang nanti,” tambah Khuzaimi lagi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.
Diketepikan Daripada Senarai Akhir Skuad Negara, Kalamullah Mahu Bekerja Lebih Keras
Sentap Kena Tegur Dengan Nagelsmann Punca Lewandowski Mahu Angkat Kaki