Hasrat bekas bintang UFC, Khabib Nurmagomedov untuk terlibat dalam sukan bola sepak akhirnya tercapai apabila sebuah kelab dari Liga divisyen 3 Rusia, FC Legion Dynamo menawarkan kontrak profesional kepadanya untuk perkuatkan pasukan itu.

Khabib sebelum ini menunjukkan kemahirannya bermain bola sepak ketika perlawanan persahabatan di sekolah latihan Spartak Moscow di Dubai. Aksinya itu telah menarik perhatian para peminat setia sehingga menjadi tular di media sosial.

Banyak kelab dari Rusia menawarkan kontrak kepadanya namun beliau telah mencapai persetujuan untuk menyertai Legion Dynamo. Dalam satu kenyataan rasmi kelab tersebut, mereka sedia untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan utama dari Rusia.

“Perlawanan hebat sedang menanti. Kami memerlukan pemain yang hebat. Kami sedia menerima saingan daripada pasukan Liga Premier Rusia kerana kami mempunyai Khabib Nurmagomedov”

Khabib sememangnya amat meminati sukan bola sepak dan mahu kembali ke padang selepas bersara daripada UFC. Beliau juga merupakan peminat setia Cristiano Ronaldo.

Beliau banyak menonton aksi Liga Perdana, Inggeris, La Liga serta Liga Juara Juara Eropah dan turut memiliki pengetahuan yang luar biasa dalam bola sepak.

Khabib kenali dengan dirinya sebagai peminat Real Madrid di Sepanyol dan Anzhi Makhachkala di Rusia. Malah, beliau juga menegaskan jika berada di England, beliau sudah lama menyertai pasukan Liverpool.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah. 

Pasca Messi: Barcelona Berdepan Kesukaran Dapatkan Tajaan Lebih Besar Termasuk Dari Nike & Rakuten

Persatuan Pemain Tidak Jaga Kebajikan, Drogba Letak Jawatan Sebagai Naib Presiden

Ronaldo Bakal Berganding Dengan Messi Dalam Skuad PSG?