Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Milovan Rajevac telah dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sejurus selepas kekalahan teruk skuad itu kepada pasukan India dalam perlawanan pertama kejohanan Piala Asia 2019 di UAE.

Thailand yang hadir di kejohanan Piala Asia 2019 ini dengan impian untuk menunjukkan apa yang bola sepak mereka ada, namun sebaliknya berlaku apabila pasukan dikedudukan ke 97 dunia, India berjaya menembusi gol Thailand sebanyak 4 kali.

49707230_2237558119642215_8300387829846900736_o

Dengan pemecatan Milovan Rajevac, penolong jurulatih Sirisak Yodyardthai akan mengambil alih tugas mengendalikan skuad Thailand yang berbaki 2 lagi perlawanan – bertemu pasukan Bahrain pada 10 Januari dan UAE pada 15 Januari nanti.

Pasukan Thailand yang beraksi di Piala Asia 2019 sebahagian besarnya adalah skuad yang tewas kepada Malaysia dalam separuh akhir kejohanan AFF Suzuki 2018 baru-baru ini, dan hanya ada penambahan beberapa pemain utama yang tidak diturunkan sebelum ini seperti Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan, Teerasil Dangda dan Tristan Do serta beberapa pemain lagi.

49949197_2237705516294142_4914054086887735296_o

Kekalahan ini juga menyebabkan ramai penyokong Thailand merindui aksi penjaga gol hebat mereka Kawin Thamsatchanan yang tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan dan Chatchai Budprom menjadi pilihan utama Milovan Rajevac berbanding penjaga gol Buriram United, Siwarak Tedsungnoen.

Selain itu, FIFA Ranking Thailand turut terjejas apabila mengalami kemerosotan mata sebanyak -14.83 mata dan kedudukan semasa mereka menjunam ke ranking 122 dunia manakala bagi India mendapat +14.83 dan melonjak ke kedudukan 95 dunia selepas tamat perlawanan semalam.