Ketua jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic menjadi mangsa pertama bagi saingan musim 2022 apabila pengurusan pasukan memutuskan untuk merehatkan beliau ekoran prestasi pasukan yang kurang memberangsangkan setakat ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Risto tidak akan mengendalikan pasukan bermula hari ini.
Jurulatih Melaka United FC Risto Vidakovic jadi jurulatih pertama direhatkan? Difahamkan, beliau tidak akan mengendalikan pasukan bermula esok selepas empat perlawanan dan Asri Ninggal dikatakan akan bertindak sebagai interim coach.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 12, 2022
Setelah menghadapi empat perlawanan Liga Super, Melaka United masih belum mencatat sebarang kemenangan dimana mereka tewas sebanyak tiga kali dan mencatat satu keputusan seri.
Melaka tewas kepada Petaling Jaya City, Sabah dan terbaru ketika berdepan Kuala Lumpur City dan mereka mencatat keputusan seri ketika menentang Penang.
Prestasi hambar ini berpunca dari isu tunggakan gaji yang melanda pasukan dimana pemain dilaporkan sudah tiga bulan tidak menerima gaji.
Selepas mendedahkan isu tunggakan gaji yang melanda pasukan, Risto Vidakovic menyatakan beliau tidak pernah menghadapi situasi seperti itu bersama mana-mana pasukan lain sebelum ini dan agak terkejut ia berlaku dalam bola sepak Malaysia.
“Kami mempunyai sedikit masalah dan saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kami tidak mampu untuk bekerja dengan baik dalam situasi ini dan jika kami tidak dapat bekerja dengan baik, anda tidak boleh mengharapkan apa-apa kerana ia adalah situasi sukar buat kami.
“Sebagai jurulatih, saya tidak pernah berdepan situasi seperti ini sebelumnya dan ini kali pertama. Sukar untuk saya berkata apa-apa kepada pemain kerana mereka telah memberikan segala-galanya untuk pasukan ini dan perlawanan ini (menentang Sabah),” katanya.
Selepas merehatkan Risto, Asri Ninggal diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan buat sementara waktu sehingga ketua jurulatih baharu dilantik.
Pada perlawanan Liga Super seterusnya, Melaka akan turun menentang Sri Pahang di gelanggang lawan pada Sabtu ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil
Jaringan PJ City Disahkan ‘Offside’, Sri Pahang Kerugian Mata Dalam Dua Perlawanan Berturut-Turut