Pasukan Bengaluru FC yang beraksi dalam sainga liga bola sepak India, baru-baru ini telah menggunakan pengaruh besar mereka dalam komuniti tempatan bagi membantu para usahawan dalam kawasan mereka untuk kembali beroperasi.
Berdasarkan kemaskini yang dibuat melalui sebuah laman sosial Football News India, Bengaluru FC telah melancarkan kempen untuk bersama-sama membantu usahawan kecil ini terutamanya bangkit kembali meneruskan perniagaan yang terjejas akibat pandemik.
Bengaluru FC launches campaign to support small businesses#Indianfootball https://t.co/j1B2B15q1g
— football news india (@fni) August 10, 2020
Kempen itu yang dilancarkan melalui sebuah video yang menampilkan kapten pasukan, Sunil Chetri dengan sasaran utama untuk mempromosi, menyokong serta memberikan ‘exposure’ kepada perniagaan yang terjejas.
Kempen itu juga akan menggunakan platform laman sosial rasmi kelab sebagai pentas utama untuk ‘showcase’ produk-produk tempatan dari seluruh kawasan Bengaluru dan dalam masa yang sama mengajak komuniti bersama mereka.
Sepanjang musim ini, kelab akan mengadakan kempen itu secara konsisten menggunakan pengaruh kelab selain pemain-pemain mereka sebagai suara utama dalam kempen yang dianjurkan itu.
“Ini adalah kempen yang dekat dihati kami, kerana bandar ini dan komunitinya mempunyai hubungan dan kejayaan yang kami capai bersama-sama. Ini adalah masa semua pihak diuji, tetapi pernigaan yang kecil adalah yang paling banyak terkesan.”
“Musim ini kami dedikasikan untuk mereka, dan kami harap dengan ikhtiar yang kecil ini mampu untuk membantu mereka mencari kestabilan sekali lagi.”
Ini sebenarnya antara cara yang paling berkesan untuk kelab menyerap masuk kedalam komuniti setempat seterusnya ‘membeli jiwa’ komuniti dalam skala yang besar dan memungkinkan lebih banyak ‘conversion’ dari orang biasa kepada penyokong pasukan.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Kisah UltraSel Menaja Pasukan Selangor FA Tarik Perhatian Media Sukan Terbesar Di Thailand