Vietnam sekali lagi kempunan untuk mengutip mata pertama dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 apabila mereka tewas kepada Oman, 1-3 di Stadium Sultan Qaboos semalam.
Ini adalah kekalahan keempat berturut-turut dan harapan mereka untuk mencipta sejarah layak ke Piala Dunia tahun depan tampak sudah tertutup rapat apabila menghuni kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇴🇲 Oman 3-1 Vietnam 🇻🇳
Oman come from a goal down to defeat Vietnam 3-1 to collect their second win in Group B of #AsianQualifiers#OMAvVIE pic.twitter.com/HEjh40WGpE
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) October 13, 2021
Namun begitu, para peminat bola sepak Vietnam lebih gemar menyalahkan pengadil sebagai punca kekalahan pasukan mereka dan perkara tersebut turut diakui oleh pengendali pasukan, Park Hang Seo yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan sepanjang kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.
“Ini kali pertama kami telah layak ke pusingan ketiga kelayakan, saya dan para penyokong Vietnam sememangnya memberikan sokongan penuh. Tapi jujurnya, kami memerlukan masa untuk meningkatkan prestasi.
“4 perlawanan telah dilalui, saya ada banyak perkara hendak dikatakan mengenai pengadil dan saya cuba untuk kurang bercakap mengenainya. Hari ini, pengadil tidak begitu konsisten. Banyak keputusan meragukan. Kalau nak nilaikan prestasi mereka, pengadil itu sendiri perlu nilaikan prestasi dirinya sendiri,” kata Park Hang-seo seperti dipetik dalam Bongdaplus.
Out of curiosity:
I know that this corner tactic is commonly used but it really looked extreme here, especially in the 2nd pic. Văn Toản literally couldn't go forward there.Any other thoughts on that? pic.twitter.com/GA5djuCiBw
— Việt Nam Football 🇻🇳⚽️ (@FootyVietnam) October 12, 2021
Dalam perlawanan itu, Vietnam terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah, apabila menjaringkan gol pembukaan melalui Nguyen Tien Linh pada minit ke 39 selepas menolak masuk bola muntah daripada penjaga gol Oman.
Namun begitu, 1 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Oman kembali menyamakan kedudukan melalui sepakan gunting Issan Al Sabhi dalam situasi kelam kabut di kotak penalti.
Memasuki separuh masa kedua, Oman mengandakan asakan dan kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan Vietnam. Hasilnya, mereka memperolehi gol kedua melalui tandukan Mohsin Al-Khaldi pada minit 49 hasil sepakan percuma.
Vietnam membantah jaringan tersebut dan memohon pengesahan melalui Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana mendakwa pemain Oman menghalang pandangan penjaga gol mereka dan terus berkampung di gawang gol.
Satu lagi keputusan yang meragukan mereka ialah tindakan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Oman pada minit ke 62. Hasil rakaman VAR menunjukkan Do Duy Manh melakukan kekasaran sekaligus mengesahkan penalti yang diberikan kepada Oman adalah keputusan yang betul.
Salaah Al Yahyaei menyempurnakan sepakan penalti itu dan keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Kemenangan ini juga meletakkan Oman di tangga ketiga dalam kumpulan B di belakang Arab Saudi dan Australia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Kelayakan Piala Dunia 2022: Rekod Tanpa Kalah Australia Lebur Di Tangan Jepun
Singapura Umum Senarai Awal Skuad Piala Suzuki AFF 2020, Ada Pemain Naturalisasi