Skuad bawah 15 tahun negara (B-15), memberi tumpuan untuk memburu kemenangan kedua apabila dijadualkan menentang Laos malam ini, dalam saingan kelayakan AFC B-16 2020 di Stadium Nasional Vientiane.

Malah, pengendali pasukan itu, P. Maniam dijangka akan menurunkan barisan terbaiknya selepas lima pemain yang tidak dapat diturunkan akibat masalah kesihatan kembali pulih dan turun menjalani latihan semalam.

Bagaimanapun, Maniam berharap para pemain tidak memandang mudah kepada Laos kerana lawan mereka memberikan saingan yang sengit sehingga terikat 1-1 ketika dalam kejohanan AFF bulan lepas.

70575234_2388690211227729_7064220513194737664_n
Sesi latihan skuad negara semalam. FOTO: FAM

“Saya dan barisan jurulatih yakin dengan 90 peratus pemain kesebelasan utama diturunkan, kita boleh meraih keputusan positif menentang Laos.

“Diharap pemain yang tidak diturunkan sebelum ini dapat memberikan persembahan terbaik selepas berehat.

“Kita tahu Laos bukan lawan mudah yang mana kita seri dalam kejohanan AFF B-15 sebelum ini,” katanya kepada Arena Metro. 

RESULT KELAYAKAN AFC B16-01

Mengulas mengenai perlawanan Jepun menentang Laos dimana tuan rumah tewas 0-4 kepada gergasi Asia itu, Maniam menjelaskan beliau sudah meneliti beberapa kelemahan dan kekuatan pasukan lawan.

“Pasukan Jepun jelas berada di kelas tersendiri apabila menang 4-0. Laos pula dalam 15 hingga 20 minit awal memberikan tentangan sengit dan bermain dengan corak agresif di laman sendiri.

“Jadi pemain kita perlu bersedia dan mesti kemas dari segi hantaran dan serangan,” tambahnya.

Lagi artikel mengenai perkembangan skuad negara di saingan kelayakan AFC B-16 2020.

Kelayakan AFC B-16: Malaysia Bermula Dengan Langkah Kanan

Lima Pemain Malaysia B-15 Terpaksa Disisihkan Akibat Demam Dan Selesema

Sumber