Sri Pahang mencatat kemenangan terbesar mereka dalam saingan Liga Super musim ini apabila membelasah TRW Kelantanย 5-0 di Stadium Sultan Muhammad VI, Kota Bharu.
Baca Juga:
- Pemain Tengah Bahrain Bakal Sertai Sri Pahang?
- Rekod Tanpa Kalah Sri Pahang Akhirnya Lebur
- Solari Akui Bukan Senang Nak Kalahkan Sri Pahang
Kelantan yang dibelenggu pelbagai masalah dalaman menurunkan ramai pemain muda tanpa kelibat tonggak import dalam kesebelasan utama manakala Tok Gajah kembali diperkuatkan oleh pemain naturalisasi, Sergio Aguero.
Kesebelasan utama #Trw2023 malam ini:
4 pemain skuad u-23 berada di kesebelasan utama. Manakala, beberapa pemain utama sudah mengucapkan 'selamat tinggal' lebih awal. Tetap berjuang, kerana lencana di dada menjadi kebanggaan ๐ดโช๏ธ#LigaSuper2023 pic.twitter.com/m8IEx8iRxY
— ๐น๐๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐น๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ (@TwtBolaKelate) June 23, 2023
Skuad kendalian Fandi Ahmad itu membuka akaun jaringan seawal minit ke 6 menerusi Aguero yang menyudahkan tandukan Baqiudin dari sebelah kiri.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan cuba bangkit mencari gol penyamaan namun mereka berdepan masalah ketumpulan penyudah. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Fandi Ahmad juga melakukan tiga pertukaran pemain di separuh masa kedua dengan memasukkan Kevin Ingreso, Azwan Arippin, Shamie Iszuan bagi menggantikan tempat Azam Azih, Syazwan Andik dan Baqiudin.
Percaturan itu tampak membuahkan hasil apabila Sri Pahang memperolehi gol kedua menerusi tandukan Fadhli Shas pada minit ke 47 hasil sepakan sudut yang diambil oleh Kevin Ingreso.
10 minit kemudian, giliran Kpah Sherman mencatat nama sebagai penjaring selepas menanduk masuk bola sepakan sudut Aguero.
Malah, Aguero juga sekali lagi terlibat dalam jaringan keempat Sri Pahang apabila bola sepakan percumanya berjaya ditanduk masuk oleh Fadhli Shas pada minit ke 60.
Tiga mata milik Sri Pahang FC di Kota Bharu! #LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/g1Y5O4RP4t
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 23, 2023
Ketika perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan kedudukan 4-0, Kpah Sherman sempat menjaringkan gol kelima menerusi rembatan leret dalam kawasan kotak penalti yang mudah menewaskan penjaga gol Kelantan.
Keputusan 5-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus mengukuhkan kedudukan Sri Pahang di tangga ketiga teratas Liga Super.