Kelantan United bakal menukar barisan pemain import mereka pada jendela perpindahan kedua bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Baca Juga:
- Miguel Cifuentes Tinggalkan TRW Kelantan, Sertai Sabah
- Datuk Seri Vida Sedia Ambil Alih TRW Kelantan
- Isu Gaji: PFAM Terima Aduan Rasmi Daripada Pemain Kelantan
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam selepas beliau menemu bual ketua jurulatih pasukan, Nazrulerwan Makmor yang mana pengendali itu menganggap pemain import sedia ada tidak berfungsi seperti sepatutnya.
“Jujur saya cakap pemain asing saya tidak membantu. Saya harap pihak pengurusan dapat menukar pemain asing sedia ada sebab kita semua nampak mereka tidal berfungsi di atas padang,” katanya.
Kelantan United baru sahaja mengalami kekalahan besar 7-1 semasa mereka turun dalam perlawanan Liga Super di Stadium Muhammad IV baru-baru ini.
Ketika turun menentang TRW Kelantan, seolah-olah ada sinar bagi KU dimana pasukan itu berjaya mencatat kemenangan 4-1 yang mana turut menjadi kemenangan pertama pasukan itu dalam saingan Liga Super.
Dua pemain import iaitu Devid dan OJ Porteira menjaringkan gol sekaligus menambah duka skuad The Red Warriors yang terus mengalami kekalahan.
Akan tetapi, Selangor tampil lebih garang terutamanya selepas tewas mengejut kepada PDRM minggu lalu sekaligus mencatat kemenangan besar di Kota Bharu.
Selepas ini, Kelantan United bakal turun menentang Sabah pada 26 Jun dan perlawanan ini bakal menyaksikan pasukan itu dibarisi oleh pemain import baharu.