Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC semalam telah mengumumkan ketua jurulatih baharu dari Argentina iaitu Angel Alfredo Vera bagi mengendalikan pasukan itu dalam baki saingan Liga Super musim ini.
Baca Juga:
- Bekas Pemain TRW Kelantan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Zamsaham
- Natanael Siringoringo Kembali Perkuatkan TRW Kelantan
- Miguel Cifuentes Tinggalkan TRW Kelantan, Sertai Sabah
Lebih menarik, Vera juga fasih berbahasa Melayu bagi meningkatkan komunikasi terutama dengan pemain.
Beliau belajar daripada bahasa Indonesia kerana berpengalaman mengendalikan beberapa kelab negara jiran itu sejak 2013 termasuk Persipura Jayapura, Persebaya Surabaya, Persiba Balikpapan dan terakhir Persita Tangerang.
Ketika mengendali Persipura, beliau turut mengemudi pasukan itu menjuarai liga Indonesia tahun 2016.
Ini kali ketiga Kelantan menukar ketua jurulatih selepas mereka mengambil pengendali dari Korea Selatan, Choi Moon Sik dan kemudian Frank Bernhardt dari Jerman.
Ianya sekaligus menjadikan mereka pasukan yang paling banyak tukar ketua jurulatih pada musim ini.
Ketika dibawah bimbingan Choi Mun-sik, TRW Kelantan hanya mengumpulkan 4 mata dan menduduki tangga ke 10 dalam kedudukan Liga Super 2023 selepas mengharungi 5 perlawanan.
Prestasi pasukan itu ketika dibawah Frank Bernhardt juga tidak berubah apabila mencatat 5 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super sehingga membuatkan para penyokong sudah hilang sabar.
Ujian pertama Vera adalah pertembungan dengan Sri Pahang, Jumaat ini di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Pasukan itu juga dilaporkan kehilangan beberapa pemain utama yang telah menamatkan kontrak lebih awal kerana isu tunggakan gaji.
Menarik untuk disaksikan apakah Vera berjaya mengubah nasib pasukan Kelantan atau pemilik kelab, Norizam Turkiman terpaksa tukar ketua jurulatih lagi buat kali keempat.