Pasukan kebangsaan Thailand sememangnya terbukti dalam menghasilkan pemain yang berkualiti apabila beberapa pemain mereka kini beraksi dalam liga terbaik di rantau Asia iaitu Liga Jepun.
Pemain seperti Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan serta Thitipan Puangchan kini mendapat perhatian malah dijadikan sebagai idola kerana menampilkan persembahan mantap bersama kelab masing-masing dalam saingan J1 League musim ini.
Baru-baru ini, seorang pemain tengah pasukan kebangsaan tersebut berada dalam radar beberapa kelab di Jepun untuk ditandatangani pada saingan musim hadapan. Pemain yang dimaksudkan ialah Sarach Yooyen.
Sarach Yooyen merupakan seorang pemain yang tidak asing lagi dalam skuad kebangsaan Thailand apabila beliau sentiasa dipanggil bagi memperkuatkan pasukan khususnya di bahagian tengah.
Pemain berusia 27 tahun itu beraksi bersama Muangthong United sejak 2010 dan telah memenangi beberapa kejuaraan utama antaranya Thai Premier League (2012, 2016) serta Thai League Cup (2016, 2017).
#ChangsuekLive ภาพบรรยากาศการเเข่งขันในครึ่งเวลาเเรก สดจาก สนามมีดินห์ สเตเดียม
HT – 🇻🇳 ทีมชาติเวียดนาม 0-0 ทีมชาติไทย 🇹🇭#ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #นักฟุตบอลทีมชาติไทย pic.twitter.com/aIrcoOaEiv
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) November 19, 2019
Mampu untuk beraksi di bahagian tengah dan juga pertahanan, Sarach turut memenangi beberapa kejuaraan di peringkat antarabangsa seperti Piala AFF Suzuki (2014,2016), Pingat Emas Sukan SEA 2015 di Singapura dan King’s Cup (2016).
Jika Sarach berhijrah ke saingan Liga Jepun, bukan sahaja beliau yang bakal mendapat manfaat malah skuad Gajah Perang turut terkena tempias.
Pasukan kendalian Akira Nishino itu bakal mempunyai pemain yang berkualiti serta mampu untuk menyinar di pentas besar.
Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:
Theerathon Bunmathan Diambang Cipta Rekod Sebagai Pemain Thailand Pertama Julang Kejuaraan J1 League
Chanathip Songkrasin Sah Akan Kekal Beraksi Bersama Hokkaido Consadole Sapporo Musim 2020.
Kelab Muangthong United Akui Terima Banyak Tawaran Untuk Bawa Teerasil Dangda Kembali Ke J.League