Sebuah kelab semi-pro Jepun yang beraksi dalam liga divisyen 4 negara itu atau lebih dikenali sebagai JFL, Iwaki FC telah menganjurkan satu bengkel bersama dengan e-Tax iaitu satu organisasi seperti LHDN untuk pemain-pemain mereka.
Dalam bengkel itu, pemain-pemain didedahkan dengan penerangan serta sesi praktikal bagaimana untuk lebih memahami proses percukaian yang berkaitan dengan mereka sebagai pemain bola sepak serta cara untuk menggunakan perisian yang disediakan.
Sesi seperti ini sebenarnya banyak membantu para pemain pada peringkat semi-pro sebagai persediaan untuk mereka sebelum bergelar pemain bola sepak profesional dimasa depan.
ネットで確定申告〜いわきFC選手によるe-Tax体験💻
小田島選手と黒宮選手がe-Taxでの確定申告を体験するイベントに参加しました😎👏#iwakifc #いわきFC #確定申告 #eTax #いわき税務署 pic.twitter.com/AyD2EzCcE1— いわきFC (@IwakiFcOfficial) February 10, 2021
Selain itu, sedikit sebanyak mampu membantu pemain untuk tidak berasa takut untuk ‘declare’ cukai pendapatan masing-masing kerana telah tahu dan faham bagaimana proses percukaian dijalankan.
Program seperti ini bukan sahaja melibatkan pemain, tetapi turut dibuka kepada penduduk setempat untuk hadir serta menyertai sesi ini sebagai salah satu aktiviti ‘engagement’ kelab yang mampu memberikan manfaat kepada semua.
Mungkin sesi yang serupa boleh diadakan juga di Malaysia selepas banyak pemain-pemain yang ‘sangkut’ dengan isu tidak membayar cukai pendapatan tetapi isu yang lebih utama lagi adalah pembayaran gaji yang bermasalah.
Jika gaji tidak dibayar, macam mana nak bayar cukai,kan?
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
PFAM: Keputusan FIFA Mengenai Kes Mohamadou Sumareh Bukti Kemenangan Perjuangan Pemain
Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United