Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab Eredivisie, Vitesse Arnhem hanya selepas empat setengah bulan menyertai kelab tersebut.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Honda menerusi satu video yang dimuat naik di laman media sosial Twitter miliknya pada semalam. Bersama Vitesse, Honda telah membuat sebanyak empat kali.

Honda meninggalkan Vitesse kerana kelab itu memecat pengendali pasukan, Leonid Slutsky, yang mana pernah bekerjasama dengan Honda ketika beraksi bersama kelab Rusia, CSKA Moscow.

“Saya memutuskan untuk meninggalkan pasukan kerana misi saya ialah membuat perubahan di kelab ini. Akan tetapi saya gagal berbuat demikian dan Slutsky tiada lagi bersama pasukan.

“Saya rasa saya patut bertanggungjawab untuk perkara yang berlaku dan saya merasakan tidak patut berada di sini,” kata Keisuke Honda.

Keisuke
Sumber Gambar: Teller Report

Masih belum jelas mengenai destinasi seterusnya bagi pemain yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia ini sama ada beraksi dengan pasukan baharu atau menumpukan sepenuh perhatian bersama pasukan kebangsaan Kemboja.

Honda turut memasang impian untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik 2020 yang bakal diadakan di tanah kelahiran beliau.

Baca artikel lain mengenai Keisuke Honda yang telah kami sediakan di sini:

Keisuke Honda Sertai Kelab Eredivisie, Vitesse Arnhem

Soltilo Familia, Sekolah Bola Sepak Milik Honda Keisuke Menang Anugerah Football Heroes

Saksikan Video Padu Bagaimana Honda Keisuke ‘Merasuk’ Semangat Pemain Kebangsaan Kemboja