Setelah menyuarakan kesediaan untuk membantu kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United di laman media sosial Twitter, bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda mengumumkan beliau menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Eredivisie Belanda, Vitesse Arnhem.
Bekas pemain AC Milan itu secara terbuka mahu menawarkan bantuan kepada Manchester United pada September lalu setelah kelab itu mengalami krisis kecederaan dimana pemain bintang seperti Paul Pogba tidak dapat diturunkan.
Give me an offer. I don't need money but I need to play with great team and great team mate! @ManUtd @ManUtd_JP
— Keisuke Honda (@kskgroup2017) September 27, 2019
Setelah kontrak beliau bersama kelab A-League, Melbourne Victory tamat pada musim panas lalu, Honda tidak beraksi dengan mana-mana pasukan dan memberikan fokus sepenuhnya terhadap kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersama Kemboja.
Setelah beberapa bulan menunggu, Honda akhirnya menemui kelab baharu dimana beliau akan kembali beraksi di Eredivisie setelah kali terakhir beraksi di liga tersebut ialah pada musim 2009 ketika menyarung jersi VVV-Venlo. Honda beraksi dalam 68 sepanjang bersama Venlo dan beliau menyumbang 24 gol.
Staring tomorrow I will join @MijnVitesse training. Thank you @MijnVitesse.
I feel the same as I did 12 years ago when I was trying out. #enjoy
— Keisuke Honda (@kskgroup2017) October 30, 2019
Berdasarkan tweet yang dimuat naik oleh Honda, beliau hanya akan menyertai sesi latihan bersama Vitesse dan tiada maklumat lanjut sama ada pemain berusia 33 tahun itu bakal menerima kontrak dan beraksi bersama kelab yang pernah dijuluki sebagai Chelsea II itu.
Vitesse kini menduduki tangga keempat dalam carta liga dimana mereka mengutip 23 mata daripada 11 perlawanan yang dihadapi setakat ini.
Baca artikel lain mengenai Keisuke Honda yang telah kami sediakan di sini:
Soltilo Familia, Sekolah Bola Sepak Milik Honda Keisuke Menang Anugerah Football Heroes
Saksikan Video Padu Bagaimana Honda Keisuke ‘Merasuk’ Semangat Pemain Kebangsaan Kemboja