Kedudukan ketua jurulatih pasukan Perak, Mehmet Durakovic menjadi tanda tanya selepas juara Piala Malaysia 2018 itu sekali lagi mencatat keputusan seri dalam saingan Liga Super musim ini.

Semalam, skuad The Boss Gaurus diikat pasukan PKNS FC dengan keputusan 3-3 dimana Nazirul Naim menjadi wira apabila menyempurnakan sepakan percuma pada lewat permainan bagi memberikan satu mata untuk Perak.

Keputusan seri yang dicatat Perak semalam menjadikan 8 keputusan seri setakat ini dalam saingan Liga Super. Prestasi tidak menentu yang ditampilkan oleh pasukan bimbingan Mehmet menyebabkan mereka bersaing di peringkat bawahan Liga dan semakin jauh dengan pasukan yang berada di posisi empat terbaik.

Selain itu, posisi Mehmet Durakovic juga dipersoalkan sama ada beliau masih lagi jurulatih yang tepat untuk membimbing Perak bagi baki saingan musim 2019.

Selain mencatat 8 keputusan seri, Perak hanya mampu mengutip dua kemenangan dalam 12 perlawanan.

Apa yang pasti, Perak perlu segera memperbaiki kelemahan yang ketara sekaligus mencatat kemenangan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan bersaing dengan pasukan yang berada di kelompok teratas Liga Super.