Kedah Darul Aman (KDA) dilaporkan mahu mendapatkan khidmat pemain import baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, tiga pemain import musim ini iaitu Rabih Ataya, Renan Alves dan Anumanthan tidak mendapat kontrak lanjutan sekaligus bakal meninggalkan pasukan bagi saingan musim hadapan.
Kedah Darul Aman FC dijangka mendapatkan beberapa pemain import baru untuk saingan Liga Malaysia musim depan apabila difahamkan tidak mengekalkan pemain tengah Rabih Ataya dan Anumanthan termasuk tonggak pertahanan Renan Alves.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 25, 2021
Renan Alves yang beraksi bersama Kedah sejak 2019 dan pernah membantu pasukan itu memenangi Piala FA pada musim pertamanya telah memuat naik status di laman media sosial miliknya dengan ucapan selamat tinggal dan terima kasih.
Selama tiga musim menyarung jersi skuad Hijau Kuning, Renan telah beraksi sebanyak 64 perlawanan termasuk aksi play-off saingan kelayakan AFC Champions League (ACL) menentang FC Seoul pada awal 2020 yang menyaksikan Kedah tewas dengan keputusan 4-1.
Rabih dan Anumanthan menyertai Kedah pada awal musim ini dimana pada musim sebelumnya, Rabih beraksi bersama UiTM FC manakala Anumanthan bersama Hougang United dalam saingan Liga Singapura (S-League).
Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, Rabih berminat untuk menyambung kontrak bersama Kedah. Namun sekiranya kontraknya tidak disambung, sekurang-kurangnya ada dua kelab iaitu Bangkok United dari Thailand dan Baniyas dari Emiriah Arab Bersatu yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Selamat pagi!
Rabih Ataya. Kedah has expressed interest to renew his contract, but the Lebanese international is being eyed by clubs overseas too. It is learnt that Thai club Bangkok United and UAE side Baniyas are monitoring his services. #MFLTransfer2022
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 25, 2021
Dua lagi pemain import Kedah Darul Aman iaitu Kipre Tchetche dan Kpah Sherman juga masih belum jelas mengenai masa depan mereka bersama naib juara Liga Super musim 2021 itu.
Kipre dilaporkan sedang mengadakan rundingan bersama dua kelab dari Lembah Klang dan sekiranya tiada kata sepakat dicapai, maka bekas pemain Terengganu itu akan kekal beraksi bersama kedah musim hadapan.
Kedah bakal kehilangan dua pemain senior pasukan iaitu Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali apabila kedua-dua pemain dilaporkan semakin hampir untuk menyertai Sabah.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Syahmi Safari Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Johor Darul Ta’zim
Gagal Patuhi SOP, Terengganu FC Dan MFL Dikenakan Kompaun RM10,000