Dua jaringan penyerang import baharu Perak, Ronaldo Enrique berjaya membawa pasukan itu mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala FA 2019.
Ronaldo yang menggantikan Gilmar Da Silva terus diturunkan dalam kesebelasan utama dimana beliau digandingkan dengan seorang lagi pemain import baharu, Raianderson da Costa Moraes di bahagian serangan.
Ronaldo menjaringkan dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua bagi memastikan kemenangan berpihak kepada skuad The Boss Gaurus.
Penyerang berusia 28 tahun itu bijak menyempurnakan peluang dimana beliau merembat masuk bola hasil hantaran Shahrel Fikri.
23'| GOL RONALDOOO!
Gol debut dari pemain import baru Perak, Ronaldo Henrique selepas menerima umpanan cantik dari Shahrel Fikri!@peraktbgmy 1-0 @pknp_fc (1-0)#ShopeePialaFA#MFLLive#PRKPKNP pic.twitter.com/o0lVY0Ep0P
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 11, 2019
Pada separuh masa kedua, Ronaldo menanduk masuk bola hasil daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Firdaus Saiyadi.
88'| GOL RONALDO!
Sepakan penjuru oleh Firdaus Saiyadi ditanduk masuk oleh Ronaldo Henrique untuk gol kedua peribadi beliau sekaligus memberikan kelebihan buat Perak kembali!@peraktbgmy 2-1 @pknp_fc (2-1)#ShopeePialaFA2019#MFLLive#PRKPKNP pic.twitter.com/eiHvYJjMmU
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 11, 2019
Kemenangan semalam bermakna Perak akan menghadapi juara bertahan di peringkat separuh akhir iaitu pasukan Pahang.
Pahang mara ke separuh akhir setelah membenam pasukan Terengganu FC dengan keputusan 4-0 pada perlawanan separuh akhir kedua sekaligus menang dengan keputusan 5-2 secara agregat.