Croatia mengejutkan peminat bola sepak apabila menyingkirkan Brazil daripada saingan Piala Dunia selepas menewaskan juara lima kali itu 4-2 menerusi penentuan penalti pada aksi suku akhir, semalam.
Baca Juga:
- Tite Tempelak Keane Isu Kritikan Keraian Jaringan Pemain Brazil
- Roy Keane Tempelak Balik Tite: “Nak Menari Pergi Kelab Malam”
- Keane Menyampah Tengok Tarian Keraian Brazil
Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menyelamatkan sepakan Rodrygo sebelum sepakan Marquinhos sekadar menggegar tiang gol bagi membolehkan Croatia melangkah ke separuh akhir.
Individu yang paling berpuas hati dengan kekalahan Brazil sudah pasti Lagenda Manchester United, Roy Keane. Beliau tidak terkejut dengan keputusan tersebut kerana berpendapat pemain Brazil banyak habiskan tenaga untuk menari.
“Saya tidak terkejut Brazil terkeluar daripada Piala Dunia. Mereka telah bazirkan tenaga untuk menari ketika menentang Korea Selatan,” kata Keane
“I’m not surprised Brazil are out of the World Cup, they wasted all their energy dancing on South Korea” pic.twitter.com/LMtsymxdq2
— ODDSbible (@ODDSbible) December 9, 2022
Sebelum ini Keane mengecam tindakan pemain pemain Brazil yang menari meraikan keempat empat gol mereka ketika berdepan dengan Korea Selatan. Ini termasuk tindakan Tite yang turut menari sekali bersama pemain pemainnya.
Bercakap dalam ulasan separuh masanya di ITV Keane akui menyampah dan berkata: “Saya tidak percaya apa yang saya tonton sebenarnya.”
“Saya tidak suka ini [keraian setiap gol dengan tarian],” tambahnya.
“[Ada] satu perkara tentang budaya, saya faham itu, tetapi saya fikir ia tidak menghormati pihak lawan anda. Ia adalah empat gol dan mereka melakukannya setiap kali gol itu.”
“Saya tidak kisah dengan langkah tarian kecil yang pertama – apa sahaja yang mereka lakukan – tetapi mereka masih melakukannya selepas itu, dan kemudian pengurus [Tite] terlibat sekali dengannya. Saya rasa ia tidak bagus langsung,” katanya.
Roy Keane watching Croatia beat Brazil pic.twitter.com/NVeEI5Aioj
— FootballJOE (@FootballJOE) December 9, 2022
Ketika perlawanan itu, Neymar berjaya meletakkan Brazil di depan pada lewat separuh masa pertama masa tambahan, tetapi Croatia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Bruno Petkovic pada minit ke-117.
Jaringan Neymar dalam perlawanan itu menyaksikan dia menyamai rekod Pele sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 77 gol.
Croatia akan berdepan pemenang perlawanan antara Argentina dengan Netherlands bagi perebutan tiket ke pentas final.