Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi bakal berwajah baharu apabila kerja naik taraf akan dimulakan pada bulan Mac ini membabitkan tempat duduk penonton dengan kos berjumlah RM1.2 juta.
Baca Juga:
- Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Akan Diganti Dengan Rumput “Zeon Zoysia”
- Stadium Sultan Ibrahim Antara 3 Buah Stadium Dirantau Asia Tenggara Guna Rumput Zeon Zoysia
- Kerja Penukaran Rumput Di Stadium Nasional Bukit Jalil Bermula Pada Bulan Mac 2023
Perubahan itu adalah untuk memenuhi piawaian sebagai venue kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa pada masa depan.
Memetik laporan daripada Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani menjelaskan tempat duduk penonton sedia ada di stadium berkenaan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh FIFA.
“Kita perlu tukar kerusi tempat duduk penonton di stadium itu kepada kerusi khas yang baik dan mempunyai nombor seperti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
“Ia menjadi syarat oleh badan antarabangsa (FIFA) jika kita berhajat menjadikan stadium berkenaan sebagai venue perlawanan bola sepak bertaraf antarabangsa seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) atau Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF),” katanya.
Pemasangan kerusi bernombor di stadium itu dianggarkan boleh memuatkan sehingga 45,000 penonton dalam satu-satu masa.
Bukan sahaja kerusi tempat duduk penonton, malah Mohamad Taufek yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mendedahkan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) memberi kelulusan untuk menukar padang di stadium tersebut kepada rumput jenis Zeon Zoysia.
Ini adalah rumput yang sama yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim dan juga bakal ditanam di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
“Semalam saya bermesyuarat dengan YB Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan), kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah bersetuju membantu kerajaan negeri untuk menukar jenis rumput yang sedia ada di stadium di negeri ini.
“Rumput itu dikenali jenis Zeon Zoysia yang tahan lasak dengan cuaca hujan dan tahan panas. Tawaran yang diberikan KBS adalah dengan membantu sebanyak 50 peratus kos penukaran rumput manakala 50 peratus lagi ditanggung oleh kerajaan negeri.
“Ini tawaran daripada Menteri Belia dan Sukan sendiri, Hannah Yeoh dan kita menyambut baik tawaran beliau itu,” tambahnya.
3 reasons why Zeon is for sports: Better wear tolerance, savings on fertility, and unmatched beauty. #zeon #zoysia #BRFzoysia
Learn more about what makes Zeon Zoysia the best variety for you https://t.co/kfIz8xKdCC
Photo: Sultan Ibrahim Stadium – Malaysia pic.twitter.com/aqnThZ303w
— The Turfgrass Group, Inc. (@TurfGrass_Group) December 6, 2019
Bagaimanapun, tarikh penukaran rumput itu belum ditetapkan lagi kerana pihanya perlu meneliti terlebih dahulu keadaan tanah dan padang di stadium tersebut.
“Projek ini membabitkan peruntukan sama rata antara KBS dengan kerajaan negeri dan pelaksanaannya akan bergantung kepada kerja-kerja tanah yang mungkin perlu dilaksanakan.
“Jika tiada masalah yang berbangkit mungkin penukaran rumput baharu itu nanti dapat dilakukan selepas penukaran kerusi tempat penonton selesai dilaksanakan,” jelasnya.
Rumput jenis ‘cowgrass’ ini tidak sesuai lagi digunakan untuk bola sepak moden. Ia mempunyai akar yang pendek dan daun besar serta lembut, jadi ada pemain bola yang berpendapat bahawa cowgrass bukan rumput yang ideal kerana bola akan duduk lebih dalam dan susah disepak.