Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneruskan tayangan skrin besar sempena perlawanan Liga Super 2023 dengan kerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) bagi tayangan skrin besar sepanjang bulan Mac 2023 yang melibatkan 4 perlawanan bola sepak mulai malam ini.
Baca Juga:
- 5 Gol Tercantik Minggu 1 Liga Super, Saddil Ramdani Kuasai Carta
- Ejen Nafi Thitiphan Puangchan Sertai Pasukan Liga Super
- RTM Akan Siarkan Secara Langsung 52 Perlawanan Liga Super 2023
Program Skrin Besar ini merupakan salah satu program KBS dalam menyemarakkan lagi perlawanan bola sepak di samping memberi peluang kepada penyokong pasukan kegemaran masing-masing menonton secara langsung di skrin besar yang disediakan bagi memupuk semangat kesukanan dan perpaduan rakyat bersama komuniti setempat.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneruskan tayangan skrin besar sempena perlawanan #LigaSuper2023 dengan kerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) bagi tayangan skrin besar sepanjang bulan Mac 2023 yang melibatkan empat perlawanan.#DemiLigaKita
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 1, 2023
Pelaksanaan Program Skrin Besar di Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kedah ini diteruskan apabila program ini mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat setempat semasa perlawanan bola sepak Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dan Piala Dunia Hoki 2023 baru-baru ini.
Kerjasama KBS dan MFL ini dilihat akan memberikan pendedahan meluas kepada masyarakat setempat mengenai Liga Malaysia 2023 yang sedang melalui era penswastaan serta menjadi industri sukan terbesar di negara ini.
Dengan lebih 16 juta rakyat negara ini adalah peminat bola sepak, ia pasti akan menjadi salah satu medium baharu dalam mempromosi dan menarik lebih ramai rakyat negara ini untuk menyokong kelab-kelab Liga Malaysia.