Bekas penyerang pasukan kebangsaan Jepun, Kazuyoshi Miura, mencipta rekod sebagai pemain paling tua menjaringkan gol dalam saingan bola sepak kompetitif didunia. Guiness Book of Record telah mengiktiraf pencapaian pemain yang lebih terkenal dengan gelaran King Kazu itu dalam satu majlis yang telah berlangsung di Tokyo semalam.
Rekod sebagai pemain paling tua menjaringkan gol telah direkodkan ketika Kazu berusia 50 tahun 14 hari, dalam perlawanan diantara Yokohama FC bertemu Thespakusatsu Gunma – perlawanan ke 3 J2 League 2017 pada 12 Mac 2017.
Menurut laman web rasmi Yokohama FC, Kazu baru sahaja bersetuju untuk terus beraksi bersama kelab dari Yokohama itu, apabila menandatangani kontrak baru selama 1 tahun sehingga berakhir musim 2018.
Pemain yang berasal dari Shizuoka ini memulakan karier profesionalnya di Brazil bersama kelab Santos FC pada tahun 1986 dan tahun 2018 adalah musim ke 33 beliau sebagai pemain bola sepak profesional.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Kazu berhenti sekolah ketika tingkatan 4, dimana beliau hanya sempat menghabiskan masa selama 8 bulan di Sekolah Tinggi Shizuoka Gakuen pada tahun 1982, demi untuk berhijrah ke Brazil untuk beraksi dengan sebuah kelab CA Juventus.
Bekas pemain kelab Italy, Genoa dan juga Dynamo Zagreb ini juga berada dikedudukan ke 6 senarai penjaring terbanyak J.League sepanjang zaman dengan 139 jaringan dari 321 penampilan – 0.433 ratio jaringan.
” Saya baru sahaja melanjutkan kontrak baru untuk musim ini. Saya sentiasa akan beraksi sepenuh jiwa dan berharap akan terus meningkat sebagai pemain,” katanya kepada Agensi Kyodo.
King Kazu akan menyambut hari lahir yang ke 52 tahun pada 26 Februari nanti pernah juga menganggotai skuad futsal kebangsaan Jepun pada tahun 2012.