Penjaga gol skuad kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan kembali beraksi di Eropah apabila OH Leuven memanggil semula beliau bagi mengisi kekosongan posisi penjaga gol untuk menghadapi baki saingan musim 2020/2021.
Kawin sebelum ini dilaporkan bakal kembali mewarnai saingan Thai League setelah menghabiskan tahun 2020 sebagai pemain pinjaman di kelab Jepun, Consadole Sapporo. Namun, perkara tersebut tidak kesampaian setelah tiada kata putus dapat dicapai dengan dua kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau iaitu Port FC dan Muangthong United.
Leuven menghantar Kawin ke Consadole Sapporo pada awal tahun 2020 untuk beraksi bersama kelab tersebut secara pinjaman namun penjaga gol berusia 31 tahun itu gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Consadole. Kawin banyak memanaskan bangku simpanan dan hanya dijadikan sebagai penjaga gol kedua.
Ketika jendela perpindahan Thai League dibukan pada Disember lalu, Kawin mahu kembali ke Thailand dan dua pasukan iaitu Port FC dan Muangthong United menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Kawin. Namun, kedua-dua kelab gagal mencapai kata sepakat dengan pemenang Piala AFF Suzuki edisi 2014 itu.
Salah satu faktor mengapa Leuven memanggil semula Kawin ialah kerana ketika ini mereka sedang menghadapi masalah di posisi penjaga gol. Pihak kelab mahu Kawin untuk kembali sekaligus memperbaiki masalah kerana mereka sedang berada di kedudukan terbaik dalam carta Jupiler Pro League.
OH Leuven ketika ini menduduki tangga keenam, mengutip 29 mata selepas menghadapi 19 perlawanan. KV Kortrijk yang dibarisi oleh Luqman Hakim pula menghuni tangga ke-8 dengan kutipan 26 mata.
Baca artikel lain mengenai pemain Asia Tenggara yang beraksi di Eropah di sini:
Egy Maulana Dikritik Tak Berkembang, Lechia Gdansk Diminta Tak Perpanjang Kontrak