Penjaga gol skuad kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan gembira apabila kembali beraksi bersama kelab Belgium, OH Leuven bagi baki saingan musim 2020/2021.
Kawin sebelum ini dipinjamkan ke kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo sejak awal 2020 namun beliau gagal untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
Penjaga gol berusia 31 tahun itu hanya beraksi dalam saingan Emperor’s Cup dan hanya memanaskan bangku simpanan pada perlawanan liga.
Kawin is back!💪💪
“Het voelt goed om terug in Leuven te zijn.”
🎥 Bekijk meer beelden van onze Thaise doelman hier 👉 https://t.co/hJrUy6Ql1G#samensterker pic.twitter.com/Nazrp5yUDp
— OH Leuven (@OHLeuven) February 11, 2021
Perkara ini membuatkan Leuven memanggil semula Kawin bagi memperkuatkan pasukan sekaligus menggantikan pemain pinjaman, Daniel Iversen yang mengalami kecederaan dan telah kembali ke Leicester City.
“Saya telah menjalani kuarantin dan tidak dapat turun berlatih secara penuh. Saya gembira kerana dapat kembali beraksi bersama Leuven.
“Beraksi di Eropah tetap menjadi keutamaan saya. Saya mungkin tidak beraksi dengan kerap di Jepun, namun J. League adalah saingan yang berkualiti dan saya telah belajar banyak sepanjang berada di sana,” kata Kawin.
Kawin Thamsatchanan sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab Thai League 1 seperti Port FC dan bekas kelab penjaga gol itu, Muangthong United.
Namun, tiada kesepakatan diraih antara Kawin dan kedua-dua kelab dan beliau akhirnya kembali beraksi di Eropah.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Asia di Eropah di sini:
Luka Elsner Mahu Luqman Hakim Berikan Saingan Kepada Pemain Lain
Luqman Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bulan Depan
Portimonense Tamatkan Kontrak Keisuke Honda Hanya Selepas Lima Hari Sertai Pasukan