Ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel jelas tidak berpuas hati dengan kekalahan 3-1 pasukannya di tangan Terengganu pada perlawanan Liga Super semalam.
Selangor gagal untuk mengekalkan prestasi ketika mereka menewaskan Sri Pahang minggu lalu dan Neitzel mengakui pasukan lawan mempamerkan aksi yang lebih baik.
Tamat aksi separuh masa kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
FT: TFC 3-1 SFC #KitaAdalahSatu #85Years #CreatingALegacy #LigaSuper2021 pic.twitter.com/rhojjxyMwR
— Selangor FC (@selangorfc) March 9, 2021
“Pada 60 minit permainan, kami tidak menampilkan aksi sepertimana perlawanan sebelum ini. Kami berdepan kesukaran untuk menekan pihak lawan. Peluang yang dimiliki juga gagal untuk disempurnakan.
“Jika peluang yang kami ada disempurnakan dengan baik, maka keputusan akan berbeza bagi kami. 30 minit terakhir pemain telah menampilkan persembahan yang baik namun tidak cukup untuk menewaskan pasukan lawan. Saya ucapkan tahniah untuk Terengganu.
“Sudah pasti saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Kami perlu segera bangkit pada perlawanan Sabtu ini,” kata Neitzel.
Terengganu nyata lebih baik berbanding Selangor pada perlawanan semalam dimana mereka lebih tajam dan lebih bijak untuk menyempurnakan peluang yang dimiliki.
Pada masa yang sama, Karsten Neitzel menegaskan kecederaan yang dialami oleh pemain tengah, Halim Shaari mungkin lebih serius daripada yang beliau jangkakan.
Pada perlawanan seterusnya, Selangor akan berdepan Kuala Lumpur City manakala Terengganu pula akan turun berdepan Perak.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Tekanan Diberikan Penang FC Masih Gagal Sekat Momentum Positif JDT