Pengendali Selangor, Karsten Neitzel memuji persembahan yang ditampilkan pemainnya khususnya yang dimasukkan dari bangku simpanan pada aksi Liga Super menentang Melaka United semalam.
Selangor membuat kebangkitan setelah ketinggalan dua kali pada aksi di Stadium Hang Jebat dengan Syahmi Safari menjaringkan gol kemenangan pada lewat separuh masa kedua.
PERFECT COMEBACK!
3 mata penuh untuk Gergasi Merah, dua kali bangkit dari ketinggalan dengan Ifedayo menjaringkan 2 gol sebelum Syahmi menjaringkan gol kemenangan.
Tahniah! We march on!
FT: MLU 2-3 SEL#85Years #CreatingALegacy #KitaAdalahSatu#MLUSEL#LigaSuper2021 pic.twitter.com/YMm37nAqoG
— Selangor FC (@selangorfc) April 18, 2021
“Tahniah kepada pasukan kerana tidak mengalah meskipun pasukan lawan mendahului sebanyak dua kali. Pemain terus berusaha untuk mencipta peluang.
“Hari ini kami mempunyai pemain gantian yang bagus. Jika tidak berada dalam kesebelasan utama, pemain tersebut perlu kekal fokus dan kadang-kala perkara itu sukar untuk para pemain.
“Pemain gantian telah menampilkan prestasi yang baik hari ini. Kami perlukan semua pemain untuk terlibat bagi meraih keputusan positif,” kata Neitzel pada sidang media selepas perlawanan semalam.
88' GOL | Syahmi Safari menjaringkan gol pendahuluan Selangor!@MelakaUnitedFC 2-3 @selangorfc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/JB2BqgFFvZ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 18, 2021
Ketika ketinggalan 2-1, Neitzel memasukkan tiga pemain iaitu M.Namathevan, Syami Safari dan Shahrel Fikri dan tindakan beliau membuahkan hasil apabila Syahmi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87.
Pada perlawanan seterusnya, Selangor akan turun menentang Sabah. Mereka berpeluang untuk melonjak ke tangga ke-4.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Hampir 1,000 ‘Joyah’ Terjual Dalam Tempoh 19 Hari, Bukti Kelab Bola Sepak Mampu Pacu Ekonomi IKS
Lim Teong Kim: Mungkin Dia Hanya Pancing Untuk Dapatkan ‘Job’ Di FAM