Ketua pasukan Hougang United, Zulfahmi Arifin mengakui pemain Sabah lebih berkualiti selepas pasukannya tewas pada aksi pembukaan kumpulan H menentang wakil Malaysia itu di Likas baru-baru ini.
Baca Juga:
- Piala AFC 2023/24: Sabah Bermula Baik Atasi Hougang United
- Piala AFC 2023/24: Terengganu Benam Bekas Juara Liga Australia
- ACL 2023/24: JDT Tewas Tipis Kepada Kawasaki Frontale
Beraksi di laman sendiri nyata menjadi kelebihan buat Sabah dimana pasukan itu berjaya mencatat kemenangan dengan keputusan 3-1 ke atas Hougang United sekaligus memulakan kempen kali ini dengan langkah kanan.
Selepas perlawanan, Zulfahmi mengakui kualiti yang dimiliki pemain lawan dan meskipun tewas, beliau masih lagi berbangga dengan persembahan yang ditampilkan rakan sepasukan.
“Saya fikir pasukan sudah berusaha bersungguh-sungguh. Di sebalik keadaan cuaca buruk dan pemain Sabah yang berkualiti, pujian saya berikan kepada mereka.
“Saya fikir rakan sepasukan telah berusaha bersungguh-sungguh. Sekarang sudah tiba masa untuk kita berehat dan segera kembali ke Singapura untuk saingan Singapore Cup,” katanya menurut perkongsian Astro Arena.
Keinginan tinggi untuk melakarkan kemenangan jelas ditampilkan Sabah yang membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi pemain pertahanan, Gabriel Schmegel Wotter Peres.
Jaringan penting itu hadir berpunca daripada hantaran baik oleh Daniel Ting yang kemudiannya ditanduk masuk oleh Gabriel bagi meletakkan tuan rumah dihadapan.
Darren Lok kemudiannya menjaringkan gol kedua selepas tolakan susulannya menewaskan Zaiful ketika tandukan awal Rizal Ghazali susulan sepakan penjuru terlebih dahulu diselamatkan penjaga gol tersebut.
Gawang Sabah bagaimanapun dibolosi pada minit ke-61 apabila pengadil perlawanan mengesahkan jari ngan menerusi tandukan Kazuma Takayaman dimana Damien mendakwa beliau menepis bola di luar gawangnya.
Namun, para pemain Sabah jelas tidak terganggu dengan keadaan tersebut dan kembali memiliki jurang dua mata menerusi tandukan Darren pada minit ke-63.
Sebelumnya, satu lagi wakil Malaysia, Terengganu turut mencatat kemenangan dimana pasukan itu menewaskan bekas juara Liga Australia musim lalu, Central Coast Mariners dengan keputusan 1-0.