Kelab gergasi La Liga, Valencia CF semalam mengumumkan telah mencapai persetujuan dengan pemain remaja berusia 17 tahun dari Korea Selatan, Kangin Lee untuk menyambung kontrak pemain tersebut.
Mengikut kemaskini laman web rasmi Valencia CF, Kangin Lee bersetuju untuk kekal bersama kelab Sepanyol itu sehingga 30 Jun 2022 dengan ‘release clause’ bernilai €80 juta.
Kangin Lee sebelum ini pernah mendapat perhatian dari beberapa kelab gergasi Eropah seperti Borussia Dortmund dan Real Madrid, dan menyedari perkara itu, Valencia dengan pantas memperbaharui kontrak dengan ‘release clause’ 10 kali ganda lebih tinggi – kontrak lama beliau mempunyai ‘release clause’ bernilai €8 juta sahaja.
https://twitter.com/FTalentScout/status/1020694317327953920
Menurut portal sukan Sepanyol, Marca.com Kangin Lee dijangka akan membuat penampilan pertama dalam La Liga musim hadapan dan beliau sudah tersenarai dalam skuad utama Valencia musim 2018/19.
Beliau akan menyertai sesi latihan pra-musim skuad utama Valencia CF di Crans Montana, Switzerland hari ini.
Kangin Lee juga mewakili skuad Korea Selatan U19 dalam kejohanan di Toulon dan telah menjaringkan 2 gol.