Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan kesilapan pada pertemuan pertama minggu lalu telah menjadi dorongan untuk pemainnya bangkit sekaligus mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas PKNP FC dalam saingan Piala Malaysia 2019 semalam.
Menurut Mora, para pemain sedar jika mereka tidak menampilkan aksi terbaik pada perlawanan semalam, mereka akan sekali lagi dihukum seperti mana yang berlaku ketika perlawanan di Manjung minggu lalu.
KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN PM4 PIALA MALAYSIA 2019#PialaMalaysia2019 pic.twitter.com/nHg6qjUdfE
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 23, 2019
Mora berkata: Hasil hari ini ialah kami belajar daripada kesilapan yang berlaku pada minggu lalu. Kami sedar jika tidak menampilkan persembahan cemerlang sepanjang permainan, maka masalah akan timbul.
“Kami mahu mengekalkan apa yang kami tampilkan malam ini (semalam). Pemain melakukan satu tugas yang baik dari segi taktikal dan juga teknikal. Kami mengawal permainan dan kebanyakan pemain memperoleh peluang untuk menjaringkan gol. Tahniah diucapkan kepada semua pemain,” katanya.
đŸ”¥ Safawi Rasid melengkapkan kemenangan besar @OfficialJohor malam tadi dengan gol kelima!
Saksikan sorotan perlawanan penuh JDT 5-0 PKNP FC di laman Facebook MFL! https://t.co/Vv4i9Tg9ua#PialaMalaysia2019 pic.twitter.com/aXyFOjbaE4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 24, 2019
Pada perlawanan semalam, pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-36 (penalti) dan 62. Tiga lagi gol disumbangkan oleh Mauricio pada minit ke-13, Gonzalo Cabrera pada minit ke-30 dan sepakan penalti Diogo Luis Santo pada minit ke-50.
Sebelumnya, juara saingan Liga Super musim 2019 itu hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 ketika kedua-dua pasukan beraksi di Manjung.
Kemenangan semalam meletakkan JDT di kedudukan pertama kumpulan B dengan 10 mata, empat mata mengatasi Petaling Jaya City (PJ City) yang akan menentang UiTM pada esok.