Pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan yang kini beraksi untuk kelab Yokohama F Marinos, mengalami kecederaan yang teruk selepas kakinya terpaksa dijahit akibat dipijak oleh pihak lawan ketika perlawanan derby Yokohama baru-baru ini.

8 jahitan diterima oleh pemain itu selepas kakinya rabak dan terpaksa dikeluarkan pada perlawanan dengan Yokohama FC.

Theerathon

Namun apa yang lebih menarik, selepas 3 hari dari insiden tersebut Theerathon Bunmathan turut diturunkan dalam perlawanan seterusnya dan jelas akibat kecederaan itu beliau gagal mempamerkan aksi kebiasaannya sehingga beliau memohon maaf kepada penyokong Yokohama F Marinos.

“Saya ada 3 hari untuk berehat (dari perlawanan itu) dan merasakan saya boleh turun bermain membantu pasukan. Saya paksa diri untuk bermain tetapi hari ini saya tidak berani untuk masuk rapat mencabar seperti yang biasa saya lakukan.”

“Ketika separuh masa perlawanan saya meminta untuk dikeluarkan kerana tahu tidak mampu untuk bertahan dengan baik. Saya juga sangat marah kepada diri sendiri dan harap selepas 1 minggu kecederaan ini akan pulih dan membolehkan saya bermain seperti biasa.”

Berdasarkan beberapa komen Theerathon Bunmathan kepada media-media di Thailand, jelas pemain ini memiliki satu mindset yang amat bagus sebagai pemain ASEAN dalam saingan J.League untuk membuktikan pemain dari rantau ini juga mampu ‘merampas’ tempat dalam pasukan seterusnya menaikkan lagi saham pemain ASEAN terutamanya Thailand.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Program ‘Local Giant’ Oleh Selangor FA Berjaya Tarik 45 Penaja SME Bernilai RM700,000 Bagi Musim 2020

‘Insta Story’ Kpah Sherman Dan Aidil Sharin Beri ‘Hint’ Kuat Kedah FA Ada Masalah Kewangan Yang Nazak?

Bekas Pemain JDT, Juan Martin Lucero Kini Sedang ‘Diintai’ Oleh Sebuah Kelab Dari Liga Malaysia