Masihkah anda ingat kelibat pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Muhamad Kaironnisam Sahabudin yang pernah mewakili negara ketika dalam saingan Piala Asia 2007 dibawah kendalian Norizan Bakar?

Beliau kini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) ketika pemilihan jawatankuasa badan induk itu untuk sesi 2019 hingga 2022.

Kaironnisam yang membantu Perlis menjuarai Liga Super pada tahun 2005 dan Piala Malaysia pada tahun 2004 mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa dan telah mewakili pasukan kebangsaan dengan 61 kaps.

Pencapaian terbaik beliau ketika mewakili Malaysia ialah pingat Perak Sukan SEA 2001 dan tempat ketiga Piala Tiger 2004 (kini Piala Suzuki AFF).

Pengalaman itu akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan semula pasukan Singa Utara meskipun sedang menjalani hukuman penggantungan daripada menyertai sebarang liga bola sepak dalam negara oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak awal tahun lalu.

Presiden PFA, Zamri Ibrahim berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membuat rayuan rasmi kepada FIFA.

“Kalau betul sudah terkubur, kita dah lama tutup buku dan tak akan ada Kongres Luar Biasa (EGM) PFA pada hari ini (semalam).

“Namun begitu, pengurusan jawatankuasa baru ini akan bertemu dengan Persatuan Bolasepak Malaysia bagi membincangkan langkah agar hukuman itu boleh diringankan melalui rayuan rasmi kepada FIFA,” katanya.

82378191_2768513153171965_5212860390509117440_o
Barisan pimpinan baharu PFA. FOTO: Kelab Penyokong Perlis Singa Utara

PFA kini sedang mencari jalan untuk mendapatkan dana menganjurkan aktiviti bola sepak dan menyelesaikan semua hutang-hutang yang tertunggak melibatkan gaji pemain musim lalu.

“Bagaimana kita hendak cari wang jika semua aktiviti dan pertandingan PFA tidak boleh anjur dan sertai.

“Kita akan tumpukan dahulu masalah kewangan dan hutang PFA yang tertunggak sebelum kita bincangkan mengenai pasukan Singa Utara.

“Kita akan teliti semula semua tuntutan hutang yang betul-betul mematuhi kontrak dan selari dengan undang-undang menurut FAM. Ini kerana ada dalam kalangan penuntut hutang yang hanya mengemukakan angka tanpa dokumen yang lengkap,” katanya.

Barisan kepimpinan PFA yang baharu:

Presiden: Zamri Ibrahim
Timbalan Presiden: Abdul Ghafur Hanafi

Naib Presiden:

1. Afifi Osman
2. Adam Abdullah
3. Datuk Ismail Osman

Ahli Jawatankuasa Eksekutif:

1. Norshahril Bakar
2. Mohd Khomeini Halipah
3. Ahmad Shuhaimi Kassim
4. Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain
5. Mohd Norhanizam Hamzah
6. Saiful Adli Sukhaimi
7. Ku Hasnol Farid Ku Abd Rahman
8. Alzafry Abu Bakar
9. Faizal Ismail
10. Sabri Ismail

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Selangor Bersedia Hadapi Kejohanan Asia Challenge Cup 2020

Madura United Sertai Perlawanan Pra-Musim Di Malaysia, Terima Jemputan Dari JDT II Dan Terengganu FC.

Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?