Chelsea terlibat dalam 3 daripada perpindahan paling teruk pada musim panas lalu.

Baca Juga:

Di mana Chelsea terlibat dalam jualan Kai Havertz dan Mason Mount, masing masing ke Arsenal dan Man United.

Kemudian membeli Moises Caicedo dari Brighton dengan rekod perpindahan kelab dan bola sepak Inggeris.

Satu tinjauan dilakukan oleh The Athletic melibatkan beberapa ejen bola sepak ternama eropah. Dan mereka diminta untuk mengundi perpindahan yang paling teruk dalam jendela perpindahan akan lalu.

Berikut adalah senarai 4 perpindahan yang dianggap paling teruk berdasarkan kajian yang dibuat The Athletic

1. Kai Havertz (Chelsea ke Arsenal)

Arsenal perlu membayar £65 juta untuk mendapatkan pemain antarabangsa Jerman itu. Havertz tidak mendapat jaminan bahawa dia akan dapat bermain lebih kerap di Stamford Bridge.

Ada beberapa kelab yang mahukan Havertz. Real Madrid antara kelab yang merasakan Havertz tidak layak mendapat harga lebih daripada £50 juta.

Akhirnya Chelsea berjaya menjual pemain itu ke Arsenal. Havertz juga antara penerima gaji tertinggi di Arsenal pada masa ini.

2. Moises Caicedo (Brighton ke Chelsea)

Chelsea menggunakan wang penjualan Mason Mount dan Kai Havertz untuk membeli Moises Caicedo. Dari segi harga pemain itu dianggap tidak berbaloi oleh ejen ejen bola sepak yang ditanya oleh The Athletic.

Caicedo Chelsea
Kredit Foto: chelseafc.com

Chelsea membayar £115 juta untuk mendapatkan Caicedo dari Brighton.

Chelsea dianggap telah membayar harga terlalu tinggi kerana tidak mahu kehilangan pemain itu ke Liverpool.

3. Mason Mount (Chelsea ke Man United)

Dianggap perpindahan ketiga yang tidak berbaloi oleh rata rata ejen bola sepak yang diminta mengundi.

Walaupun Chelsea mungkin dianggap sudah membeli Caicedo pada harga tak sepatutnya, namun mereka harus dipuji kerana berjaya menjual Havertz ke Arsenal dan Mason Mount ke Man United dengan harga luar biasa.

Man United membelanjakan £70 juta untuk pemain antarabangsa England itu.

Mason Mount
Kredit Foto: FB Manchester United

4. Beberapa pemain lain

Seterusnya untuk 5 lagi perpindahan, masing masing diundi di kedudukan keempat tidak berbaloi oleh ejen dengan 1 undian masing masing.

Bermula daripada Rasmus Hojlund yang dianggap dibayar terlalu tinggi dengan nilai £72 juta oleh United kepada Atalanta.

Kemudian Cole Palmer yang membuatkan Chelsea membayar £55 juta kepada Man City.

Diikuti Kalidou Koulibay ke Al Hilal, Wataru Endo yang dianggap harga pembelian panik oleh Liverpool dengan nilai £16 juta, dan usianya dianggap sudah lanjut.

Wataru Endo
Sumber Gambar: Football365

Akhir sekali Nottingham Forest juga dianggap membazir mendapatkan Divock Origi dari AC Milan.