Pemain tengah pasukan Selangor, K.Sarkunan sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dan berharap penularan wabak Coronavirus (COVID-19) segera berakhir agar saingan Liga Malaysia musim ini dapat kembali disambung.
Menurut Sarkunan, ketika saingan liga ditangguhkan beliau giat menjalani latihan di rumah bagi mengekalkan tahap kecergasan.
“During this MCO, I take care of myself and family. Do some workout at home to stay healthy. I miss football so much. I hope everything will be okay soon and waiting for the day I will be on the pitch!” – Young Midfielder Selangor, Sarkunan. pic.twitter.com/JkkOGOuA3g
— Selangor FC (@selangorfc) April 20, 2020
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saya menjaga diri saya dan juga keluarga. Menjalani senaman di rumah untuk menjaga tahap kecergasan.
“Saya rindukan aksi bola sepak. Saya berharap semua yang berlaku akan segera membaik dan saya menunggu saat untuk kembali ke padang,” kata K.Sarkunan.
Setakat ini, Sarkunan masih lagi menunggu peluang untuk mengisi bahagian tengah dalam kesebelasan utama pasukan Selangor.
Pemain yang mesra dengan panggilan Sara ini pernah beberapa kali dilantik sebagai ketua pasukan dalam saingan musim 2019 lalu.
Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:
Pemain Selangor Perlu Jaga Berat Badan Jika Tidak Mahu Elaun Dipotong
Luqman Hakim Beraksi Bersama Selangor 2 Bagi Dapatkan Minit Permainan