Juventus yakin mereka sada sebab kukuh untuk tamatkan kontrak Pogba jika pemain itu digantung lama kerana kesalahan doping.
Baca Juga:
- Ejen Pogba Janji Pihaknya Akan Lawan Ujian Anti Doping
- Digantung Kerana Gagal Ujian Doping Dan Diperas Ugut Abangnya, Pogba Mahu Bersara
- Pogba: ‘Saya Lebih Disayangi Di Juventus Berbanding Di United’
Sebelum ini sudah ada perbincangan tergempar dibuat di kalangan pengurusan tertinggi Juventus untuk menamatkan kontrak Pogba.
Namun sebelum ini mereka perlu menganalisis situasi Pogba, dari mana bahan terlarang itu boleh dimasukkan ke badannya? Sama ada daripada pihak kelab atau sebalijnya.
Laporan terbaru menyebut, Pogba positif doping kerana makanan dan nuturisi yang dia ambil ketika di Amerika Syarikat.
Difahamkan doktor perubatan di Juventus tidak dimaklumkan tentang perkara itu. Dan difahamkan Pogba mengambil nutrisi tersebut atas nasihat kawannya yang tiada kaitan dengan Juventus.
Juventus sebelum ini sudah banyak menanggung kerugian sejak menandatangani semula Pogba. Dengan pemain itu banyak berehat kerana kecederaan.
Kelab tidak berada pada kedudukan kewangan yang baik. Namun mereka tidak ada alasan sebelum ini untuk sewenang wenang menamatkan kontrak Pogba kerana pemain itu cedera.
Juventus merasakan mereka berhak menamatkan kontrak Pogba pada masa ini jika dia digantung sehingga 4 tahun. Kerana punca masalah itu daripada Pogba sendiri ketika dia di Amerika Syarikat.
Pogba didapati memiliki lebihan testosterone dalam badannya selepas Agensi Anti Dadah Itali meminta dia menjalani pemeriksaan rambang selepas perlawanan antara Juventus dan Udinese.
Di mana Pogba hanya menjadi pemanas bangku simpanan dalam perlawanan itu.
Juventus tidak rela menanggung kos gaji Pogba yang mencecah €10 juta semusim termasuk bonus. Dengan kontrak semasanya masih ada baki 2 musim lagi
Calcio Mercato sebelum ini melaporkan bahawa ada satu peraturan dalam FIGC, artikel 5 menyatakan:
Kelab dibenarkan untuk menangguhkan bayaran gaji pemain atas alasan pemain dikenakan penggantungan kerana masalah disiplin yang menyebabkan mereka digantung daripada aktiviti sukan, ini termasuk kesalahan perjudian dan doping.
Penangguhana bayaran gaji atau bonus boleh dibuat berdasarkan tempoh penggantungan yang dijatuhkan oleh pihak berkuasa.
Sebagai contoh, jika Pogba digantung 2 tahun, Juventus berhak menangguhkan bayaran gajinya sehingga kontrak pemain itu tamat, kerana kontraknya berbaki dua musim.
Selepas tamat kontrak, Juventus mungkin hanya akan membayar pampasan atau bonus khas atas budi bicara kelab. Itupun jika Juventus tidak mengambil langkah tamatkan kontrak Pogba serta merta atas alasan pemain melakukan kesalahan berkaitan bahan terlarang dan dilakukan kerana sikap tidak profesional pemain itu sendiri.
Keadaan akan menjadi lebih buruk jika hukuman Pogba adalah 4 tahun yang merupakan hukuman gantung maksimum untuk kesalahannya pada masa ini.
Di mana ianya boleh menjadi penamat kepada karier bola sepak Pogba.
Ejen Pogba bagaimanapun yakin mereka akan dapat mencabar keputusan ujian Agensi Anti Doping Itali.