Konflik dalaman Juventus berterusan ke fasa baharu apabila melibatkan kes salah laku kewangan yang dianggap serius. Sebelum ini Juventus dikenakan siasatan di atas pelbagai kesalahan pemalsuan laporan kewangan.
Baca Juga:
- Semua Ahli Lembaga Pengarah Juventus Ambil Langkah Drastik Letak Jawatan
- Benfica vs Juventus: Juve ‘Bungkus’ Awal, Allegri Laung Amaran Kebangkitan
- De Ligt: Juventus Tak Bercita-Cita Tinggi Di UCL Seperti Bayern Munich
Perkara itu membuatkan keseluruhan ahli lembaga pengarah kelab meletak jawatan termasuk presiden, Andrea Agnelli.
END OF AN ERA!
First time since 2006, #J entire #BoD “Andrea #Agnelli, Pavel #Nedved, Maurizio #Arrivabene, Laurence #Debroux, Massimo Della #Ragione, Katryn #Fink, Daniela #Marilungo, Francesco #Roncaglio, Giorgio #Tacchia and Suzanne #Keywood” have all resigned. pic.twitter.com/DgpREinXx2
— 𝙖𝙣𝙙𝙖𝙧 𝙨𝙤𝙛𝙞𝙖𝙣 🎙️ 𝕏 (@andarsofian) November 28, 2022
Juventus berdepan dakwaan salah laku dalam penyata akaun mereka melibatkan beberapa aktiviti perpindahan dan juga gaji pemain.
Juventus mengumumkan bahawa kelab menanggung satu lagi tahun kewangan dengan angka negatif atau kerugian. Di mana musim 2021/22 menyaksikan mereka rugi €239.3 juta.
Bermakna ini tahun kelima berturut turut Juventus mengalami kerugian dengan akaun mereka ‘merah’.
Juventus sudah disenaraikan dalam bursa saham Itali sebaik sahaja mereka mengumumkan kerugian lebih €250 juta pada September tahun lalu.
Untuk tahun kewangan 2021/22, Juventus telah mengesahkan bahawa angka kerugian mereka adalah €226 juta berbanding €209 juta seperti yang dinyatakan pada awalnya.
Kerugian itu sedikit bertambah selepas diaudit oleh badan berkanun di Itali.
Mesyuarat antara pemegang saham dijadualkan pada 23 November lalu telah diawalkan menjadi mesyuarat tergempar bagi pengumuman perletakan jawatan oleh lembaga pengarah.
Andrea Agnelli antara yang meletakkan jawatannya, sekaligus membuatkan pemilikan keluarganya selama 12 tahun di kelab itu kian ke penghujungnya.
Pada era Agnelli, Juventus bangkit dengan menjuarai Serie A sebanyak 9 kali berturut turut.
INCHIESTA #JUVENTUS atto 5. La giustizia sportiva che assolse tutti nel processo-plusvalenze lo fece per inettitudine. Lo dicono i PM di Torino spiegando perchè la Juventus con i suoi traffici ha commesso anni di reati. Chissà se a Chinè, #Gravina, @andreaabodi la cosa interessa pic.twitter.com/mrivaXj54S
— Paolo Ziliani (@ZZiliani) December 19, 2022
Namun segala masalah mulai timbul apabila Juventus berbelanja terlalu besar di Serie A. Liga yang tidak begitu tinggi nilai komersial berbanding EPL dan La Liga.
Apa yang mengejutkan, mereka menandatangani superstar veteran, Cristiano Ronaldo dengan nilai €100 juta sebelum ini.
Ia membuatkan Juventus menanggung hutang yang tinggi kerana kontrak Ronaldo terlalu tinggi dan yuran perpindahan yang tidak masuk akal.
Bukan kerana Ronaldo tak bagus, namun Juventus telah meletakkan akaun FFP mereka dalam keadaan tidak sihat.
Ini ditambah dengan kemasukan beberapa lagi bintang nama besar untuk menyokong projek menjuarai UCL bersama Ronaldo.
Malangnya sepanjang Ronaldo di sana mereka gagal memenangi UCL dan pemain itu kemudian mendesak untuk dijual. Di mana Manchester City awalnya dikaitkan dengan Ronaldo, yang akhirnya perjanjian dimenangi oleh Manchester United.
Projek CR7 itu dianggap gagal walaupun Juve memenangi piala di peringkat domestik. Kerana alasan utama mereka menandatangani Ronaldo adalah untuk memenangi UCL.
Jika setakat mahu menjadi jaguh kampung di Itali, Juventus memiliki set pemain yang cukup bagus.
Kesan covid-19 telah memburukkan lagi keadaan. Walaupun mereka sudah cuba mengurangkan beban gaji pemain pada fasa pandemik dengan penangguhan serta pengurangan gaji. Ianya masih tidak cukup.
Juventus gagal menjual pemain dengan nilai tinggi. Mereka hanya mampu menjual dan meminjamkan pemain untuk mengurangkan bil gaji.
Selepas pandemik, Juventus berdepan masalah baharu kerana mereka perlu menyelesaikan gaji pemain seperti biasa.
Walaupun Ronaldo sudah meninggalkan mereka musim lalu, namun kelab itu masih berhutang gaji dengan pemain itu. Di mana Ronaldo mendesak ejennya untuk menuntut tunggakan gaji – yang berlaku hasil persetujuan penangguhan bayaran semasa pandemik.
Juventus kemudian didapati menipu angka pengurangan gaji pemain mereka. Menurut kenyataan mereka, Juventus berjaya menjimatkan €90 juta daripada usaha mengurangkan gaji atas persetujuan dengan pemain.
Namun pihak pendakwaraya mendapati sebenarnya Juventus hanya mampu menjimatkan €22 juta sahaja daripada langkah itu. Laporan itu dianggap sebagai cuba memalsukan angka.
Jika mereka menang UCL sekalipun bersama Ronaldo, Juventus masih gagal untuk menanggung beban kewangan yang mereka hadapi.
Perkara itu membuatkan Agnelii menjadi orang yang berdiri teguh sehingga ke hari ini dalam usaha menubuhkan Liga Super Eropah.
Malangnya projek itu tak dapat dilaksanakan.
Kini pendengaran sebutan kes melibatkan Juventus akan dibuat untuk menentukan sama ada mereka akan didakwa dan disabitkan dengan kesalahan.
Semua perkara ini menambahkan lagi masalah yang melanda Juventus. Walaupun mereka berjaya memperbaiki prestasi di Liga Itali dengan naik sehingga ke 3 teratas, namun kesan daripada kegagalan mara ke kalah mati UCL sangat dirasai.
Peminat mendesak kelab memecat Max Allegri. Namun kelab buat masa ini tidak dapat mengambil langkah itu. Kerana ianya akan melibatkan pampasan yang tinggi.
Jika Juventus didapati bersalah dalam beberapa salah laku kewangan yang serius, mereka berdepan risiko disingkirkan daripada kejohanan Eropah.
Selain itu, terdapat juga kerisauan, Juventus bakal disingkirkan sehingga ke Serie D Itali jika kesalahan mereka benar benar berat. Sama seperti hukuman yang diterima beberapa kelab lain yang muflis.
Namun masih ada pihak percaya Juventus akan dapat keluar daripada krisis ini.