Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkongsi kembali tentang kemampuan hebat bekas pemainnya, Adam Lallana yang membantu Brighton mengikat The Reds 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22, kelmarin.

Lallana beraksi dengan baik dalam mengemudi jentera tengah Brighton serta berjaya mencipta bantuan jaringan kepada gol kedua yang dihasilkan oleh Leandro Trossard dimana ia sekali gus menghalang Liverpool untuk meraih tiga mata penuh di Anfield.

Klopp dalam pada itu turut berpendapat pemain berusia 33 tahun tersebut mampu mencapai tahap yang lebih baik sekiranya beliau berada dalam keadaan cergas.

“Sejujurnya, saya masih lagi merindui Adam [Lallana]. Adam telah menetapkan terlalu banyak standard dari hari pertama hingga terakhir dan ia amat mengagumkan,” ujar Klopp menurut laporan Sport Bible.

“Apa yang buatkan saya jatuh cinta tentang dia ialah dia merupakan seorang pemain bola sepak dengan kemahiran teknikal dimilikinya dan mentaliti ketika bekerja ditunjukkannya amat jarang berlaku.”

“Saya fikir kami semua setuju sekiranya Adam tidak banyak mengalami kecederaan, dia akan berada di tahap yang berbeza.”

“Dia merupakan salah seorang pemain terbaik yang pernah bekerja dengan saya. Seorang yang benar-benar luar biasa, jadi saya tidak sabar untuk berjumpa dengannya lagi,” tambah Klopp lagi.

Sepanjang enam musim bersama Liverpool susulan keputusannya meninggalkan Southampton pada 2014/15, Adam Lallana telah menjaringkan 22 gol dan mencipta 22 bantuan jaringan pada 178 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai kelab tersebut.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Antonio Conte Jadi Buruan Tottenham Hotspur

“Malaysia Yang Layak, Penyokong Pasukan India Yang Koyak.” – Kutuk AFC Berkiblatkan Politik Dan Minyak

Ole Mengejutkan Ramai, Pilih McTominay Sebagai MOTM

 

 

 

Sumber