Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal menegaskan berita yang menyatakan beliau bakal kembali beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) hanyalah khabar angin.

Dalam satu temu bual bersama Harimau Malaya, khabar angin tersebut beredar di media sosial kerana kontraknya bersama kelab Thailand, Chonburi bakal tamat pada Mei ini dan sehingga kini masih belum pasti mengenai destinasi beliau selepas beraksi di Thailand.

Junior Elestal
Sumber Gambar: Chonburi

“Itu hanya khabar angin. Tapi kita tahu hubungan saya dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang baik daripada dulu. Selepas saya bersara, kita masih lagi berbincang apabila beliau datang ke London.

“Setakat ini tiada apa-apa pengesahan. Kota tahu bola sepak penuh dengan khabar angin. Kontrak saya akan tamat pada bulan Mei dan saya akan menjadi ejen bebas. Mungkin ada agensi berita di Malaysia nak saya balik. Tapi berita tersebut sememangnya khabar angin,” katanya.

Junior Eldstal sebelum ini pernah beraksi bersama JDT dari tahun 2015 hingga 2018 dimana pemain berusia 30 tahun itu berjaya membantu skuad Harimau Selatan memenangi beberapa kejuaraan domestik dan antarabangsa seperti Liga Super (2015,2016,2017), Piala Sumbangsih (2015,2016,2018), Piala FA (2016), Piala Malaysia (2017) serta Piala AFC pada 2015.

Bersama Chonburi, Junior berjaya mendapatkan semula rentak dimana beliau sentiasa menjadi pilihan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama bagi mengisi posisi pertahanan.

Aksi beliau bersama Chonburi juga berjaya menarik perhatian ketua jurulatih Harimau Malaya ketika itu iaitu Tan Cheng Hoe untuk memanggil pemain itu beraksi bersama skuad kebangsaan.

Junior disenaraikan dalam skuad negara bagi beraksi dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung pada Jun lalu di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemain kacukan itu hanya beraksi pada satu perlawanan iaitu ketika menentang UAE dimana beliau bergandingan dengan Dion Johan Cools namun terpaksa akur apabila UAE menjaringkan tiga gol dalam tempoh masa 10 minit sekaligus menyaksikan pasukan negara tewas dengan keputusan 4-0.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Natxo Insa Mahu Bantu JDT Lepasi Saingan Peringkat Kumpulan

JDT Kutip RM425,455 Dari 2 Kemenangan, Peluang ‘Sailang’ MA Ranking Vietnam Dan Thailand

Peminat Perak Berikan Sumbangan Kewangan Kepada Pemain