Jumlah pasukan dalam saingan Liga Malaysia tidak mustahil untuk dikurangkan ekoran masalah berulang yang sering dihadapi oleh beberapa persatuan.

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin masalah kewangan menyebabkan pihaknya tidak mahu membuat penambahan pasukan dalam waktu terdekat.

Jumlah
Datuk Hamidin Mohd Amin

“Kekangan kewangan memberi kesan pada MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Saya bukan lagi untuk lebihkan tapi mungkin kurangkan (pasukan) tapi setakat ini kita akan kekalkan 12 pasukan Liga Super dan Liga Premier.

“Kita akan kekalkan, untuk tambah jumlah ketika ini tidak mungkin kerana mahu jaga kualiti yang banyak menghadapi masalah kewangan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pada masa yang sama, Datuk Hamidin turut menjelaskan pihaknya turut membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sedang berdepan dengan kea FIFA ekoran tuntutan yang dibuat oleh bekas pemain, Cassio De Jesus.

Jumlah
Sumber Gambar: Inikanbola.my

“Pihak saya dan sekretariat sudah berhubung dengan Kelantan dari dulu lagi. Presiden KAFA sudah berusaha keras menyelesaikannya.

“Namun pokoknya di sini adalah membabitkan kes dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terlampau banyak untuk diselesaikan. Kita berharap Kelantan dapat selesaikan perkara itu,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Klasiko FC ‘Lega’ Liga M3 Dibatalkan, Beri Ruang Lebih Lama Atur Strategi Musim Depan

Adam Nor Azlin Tidak Goyah Sekiranya Marcel Kalonda Sarung Jersi Skuad Kebangsaan

RASMI: Saingan Liga M3 Musim 2020 Dibatalkan, Ini 6 Justifikasi Yang Diberikan Oleh AFL