Julian Nagelsmann kini menjadi calon utama untuk menggantikan Hansi Flick sebagai pengurus baharu Jerman.

Artikel Berkaitan:

Bekas pengurus Bayern itu masih belum ada jawatan lagi sejak dipecat kelab Bavaria itu.

Sebelum ini Nagelsmann berunding dengan beberapa kelab termasuk PSG, Chelsea dan juga Spurs. Namun gagal mencapai kesepakatan.

Dan kini Nagelsmann berpeluang menggantikan Hansi Flick sekali lagi. Sebelum ini dia pernah menggantikan Hansi Flick sebagai pengurus Bayern Munich.

Jerman mengumumkan pemecatan Hansi Flick semalam selepas diaibkan Jepun 1-4 di halaman sendiri.

Kekalahan itu melebarkan rekod tanpa menang Jerman kepada 5 perlawanan berturut turut.

Jerman kini akan dikendalikan Rudi Voller sebagai interim.

Selain Nagelsmann beberapa nama juga dikatakan berada dalam senarai calon utama pengurus Jerman yang baharu.

BILD melaporkan, Bayern Munich sebelum ini pernah menuntut €15 juta daripada PSG jika kelab itu melantik Nagelsmann.

Ini kerana kelab itu masih terikat untuk membayar pampasan baki kontrak kepada pengurus itu.

DFB dilihat tidak akan membayar pampasan itu dan sedia meminta Bayern untuk bertolak ansur.

Seterusnya BILD juga tidak pasti kalau Nagelsmann sudah bersedia untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan pada masa ini? Kerana sebelum ini Nagelsmann pernah menyatakan dia mahu memfokuskan pengurusan kelab terlebih dahulu.

Nagelsmann sebelum ini dipecat ketika sedang bercuti di Austria. Hanya kerana pada masa itu Bayern dipintas oleh Dortmund pada carta liga.

Bayern memutuskan untuk memecat Nagelsmann walaupun Bayern berada dalam landasan terbaik untuk memenangi Bundesliga dan cemerlang di peringkat kumpulan UCL.

Terdapat dakwaan bahawa Nagelsmann mangsa kepada keobsesan beberapa pegawai tertinggi Bayern terhadap Tuchel yang baru dipecat Chelsea.