Vendor penjualan tiket secara atas talian untuk kejohanan Piala Sumbangsih 2020, TicketHotline baru sahaja mengumumkan tiket untuk perlawanan pasukan JDT bertemu Kedah mula dijual kira-kira 1 jam sebelum artikel ini ditulis.
Namun, berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan oleh para penyokong yang rata-rata penyokong pasukan JDT di laman sosial Instagram rasmi TicketHotline menyatakan mereka tidak berjaya mendapatkan tiket tersebut walaupun baru kira-kira 10-15 minit jualan dibuka sekitar jam 10 pagi.
Keadaan itu telah mencetuskan sedikit keraguan para penyokong mengenai berapa jumlah tiket yang dijual melalui TicketHotline kerana terlalu cepat habis atau pun sebenarnya had untuk jualan hari ini telah pun habis. Ramai yang keliru disebabkan tiada maklumat yang jelas dinyatakan.
Jualan tiket ini juga mempunyai beberapa syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak TicketHotline seperti dibawah;
1. Kanak-kanak juga perlu membeli tiket dewasa
2. Tiket secara online adalah untuk pemegang IC JOHOR SAHAJA.
3. Untuk penyokong pasukan Kedah, sila berhubung dengan pihak persatuan untuk mendapatkan tiket anda.
4. Bagi penyokong JDT tetapi bukan pemegang IC Johor, anda boleh dapatkan tiket anda secara fizikal di kaunter Stadium Sultan Ibrahim, Nusajaya bermula Khamis, 27 Febuari 2020.
Jahanamnyaaaa.. jual harini, announcement harini… Coincidence??? 🤬🥵
— Darurat (@IdrisCd) February 24, 2020
Disebabkan perkara seperti ini sentiasa berlaku apabila penjualan tiket secara online untuk perlawanan-perlawanan yang besar, sepatutnya butiran lanjut mengenai jualan tiket dihebahkan lebih awal sebelum tarikh dan waktu penjualan untuk memudahkan para penyokong mendapatkannya tanpa perlu melakukan perkara yang sia-sia.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
FIFA Ranking: Malaysia Kekal Dikedudukan 154 Dunia, Palestin Muncul Sebagai ‘Biggest Movers’