Pemain bek kiri Barcelona, Jordi Alba meluahkan rasa kesal terhadap para penyokong kelab tersebut yang sentiasa membuatkan beliau berasa sangat terasing dengan tekanan dan tohmahan dilemparkan kepadanya.

Status sebagai individu yang sentiasa menjadi tunjang kepada kekuatan Barcelona sejak musim 2012/13 itu disifatkan pemain tersebut sebagai satu tekanan besar terpaksa digalasnya.

Tambahan pula Barcelona kini berdepan dengan prestasi terumbang-ambing sehingga menyebabkan The Blaugrana hanya menduduki tangga kelima, ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu liga yang juga merupakan musuh tradisi, Real Madrid.

Selepas tumpas dengan keputusan 2-3 di tangan Real Madrid dan Atletic Bilbao pada dua piala berbeza (separuh akhir Supercopa de Espana dan pusingan 16 terbaik Copa del Rey), Barcelona menarik nafas lega apabila berjaya menundukkan Alaves 1-0 dalam kempen La Liga hasil jaringan lewat Frenkie De Jong.

“Saya berasa sangat terasing sejak bertahun-tahun lamanya, ini bukanlah pertama kali berlaku kepada saya,” ujar Alba menurut sumber laporan Goal.

“Saya menerima kritikan yang mana saya ada di ‘sarkas’ ini. Kritikan akan sentiasa ada. Saya sangat yakin dengan perkara itu.”

“Jika saya bermain dengan cukup baik, mereka tidak bercakap langsung tentang saya, tetapi sekiranya saya bermain dengan teruk seperti hari itu, saya mengakuinya, mereka akan membunuh saya. Saya perlu untuk menerimanya.”

“Saya tidak peduli kerana saya mendapat hormat daripada rakan sepasukan dan semua barisan kejurulatihan yang saya miliki. Nampaknya seperti hanya ada beberapa orang pemain veteran di Barcelona,” tambah Jordi Alba lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Lim Teong Kim Tiada Dendam, Hanya Tidak Setuju Cara FAM Kendalikan Bola Sepak Di Malaysia

Mourinho: ‘Kalau Kami Mendahuli Sampai 5 Gol, Penonton Akan Tutup TV Pula’

Chelsea ‘Rembat’ Spurs Kali Ketiga Bulan Ini

Sumber