Chelsea menumpaskan seteru sebandar, Tottenham Hotspur untuk kali ketiga pada bulan ini dalam semua pertandingan.

Dan ianya juga kali keempat musim ini Spurs akur dan tunduk kepada Chelsea.

Gol daripada Hakim Ziyech pada separuh masa pertama dan Thiago Silva pada separuh masa kedua menyaksikan Chelsea kembali merapatkan jurang kepada hanya 1 mata dari Liverpool yang berada di tangga kedua.

Silva mungkin bernasib baik kera gol Harry Kane dibatalkan. Tetapi Spurs turut harus menarik nafas lega kerana Doherty tidak dibuang padang di atas kekasarannya ke atas Malang Sarr.

Chelsea sekali lagi menunjukkan bahawa mereka pasukan lebih baik dalam perlawanan menentang Spurs yang dibimbing oleh bekas pengurus mereka, Antonio Conte.

Chelsea lebih bertenaga, lebih berpasukan dan lebih agresif. Spurs cuba mengelak daripada melakukan kesilapan. Namun sukar untuk mereka menghalang dua gol Chelsea tersebut.

Spurs sendiri hampir di hadapan menerusi Harry Kane pada separuh masa pertama. Namun gol itu dibatalkan kerana Kane didapati mengasari Thiago Silva pada fasa binaan gol itu.

Insiden itu boleh dikatakan salah satu turning point dalam perlawanan ini.

Conte sebelum ini dilaporkan sudah meminta dana untuk membeli pemain baharu daripada lembaga pengarah kelab. Namun tidak dilayan. Dengan prestasi mereka di Stamford Bridge ini, mungkin board harus melakukan sesuatu.

Conte tanpa Dele Alli, Giovanni Lo Celso atau Tanguy Ndombele dalam senarai 20 pemain skuad mereka.

Matt Doherty pula dibelenggu dengan isu masa depannya apabila pemain itu diberitahu bahawa kelab mahu menjadikannya sebahagian daripada perjanjian mendapatkan Adma Traore dari Wolves.

Pemilihan pasukan Antonio Conte sarat dengan pemain yang tidak cukup bagus untuk sistem permainannya dan hilang fokus. Steven Bergwijn walaupun menjaringkan 2 gol sebelum ini, namun pemain itu juga dikatakan berminat untuk meninggalkan kelab itu untuk menyertai Ajax.

Harry Kane terus gagal mendapatkan aksi terbaiknya selepas dikaitkan dengan City pada awal musim ini.

Chelsea jelas sekali pasukan yang sangat berpuas hati dengan prestasi mereka selepas Tuchel mengamuk pasukannya keletihan kerana jadual yang sangat padat.

Malah dalam program hari perlawanan, Chelsea dengan selamba menunjukkan statistik perlawanan dilalui Chelsea dalam 61 hari terakhir selepas rehat antarabangsa pada November 2021.

Di mana Chelsea bermain 18 perlawanan berbanding 16 untuk Liverpool dan 14 untuk City serta Spurs.

https://twitter.com/YassinJames_/status/1485273256705863685

Chelsea turut menjadi pasukan pertama meraih 500 mata daripada aksi sesama pasukan London.