2 pemain skuad kebangsaan Thailand yang sedang beraksi di kejohanan Piala Asia 2019 dikaitkan dengan perpindahan keluar ke beberapa pasukan dalam saingan J1 League.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh SMM Sports, pemain Muangthong United Theerathon Bunmathan yang sebelum ini dipinjamkan ke Vissel Kobe selama 1 musim, kini menarik minat 2 buah kelab J1 League musim 2019.

jleague

Pasukan yang baru sahaja muncul juara J2 League 2018, Matsumoto Yamaga dilihat agresif untuk cuba mendapatkan pemain pertahanan kiri Muangthong United itu bagi menghadapi saingan J1 League 2019 yang cukup mencabar. Kelab ini juga pernah memberikan 1 sesi percubaan kepada penjaga gol Singapura, Izwan Mahbub selama 1 minggu sebelum ini.

Selain itu, Theerathon Bunmathan yang terkenal dengan sepakan bebas hebat menggunakan kaki kirinya itu juga mendapat perhatian juara J1 League 2018, Kawasaki Frontale dan perkara ini sudah mendapat liputan oleh beberapa media bola sepak Jepun sejak beberapa hari lalu.

Musim 2018, Theerathon Bunmathan telah melakukan 28 penampilan liga bersama Vissel Kobe mengumpul 2,111 minit masa bermain tanpa sebarang gol dijaringkan.

jleague

Seorang lagi pemain yang banyak memberikan impak kepada skuad kebangsaan Thailand, Thitipan Puangchan juga dikaitkan dengan sebuah kelab tersohor di Jepun, Oita Trinita FC.

Oita Trinita FC pada musim 2018 muncul sebagai naib juara J2 League dibelakang Matsumoto Yamaga FC dan layak beraksi dalam saingan J1 League 2019.

Thitipan Puangchan sebelum ini sudah pun dikaitkan dengan Cerezo Osaka, namun proses perbincangan dengan kelab beliau BG Pathum United gagal mencapai persetujuan.

Melalui sebuah artikel dari media Thailand, perbincangan dengan Oita Trinita FC sudah 80% selesai dan hanya menunggu beliau pulang dari tugasan bersama skuad kebangsaan Thailand di UAE untuk melengkapkan perpindahan.

Sumber