Syarikat sukan tempatan, Al-Ikhsan Sports kini telah menjadi pengedar rasmi jualan jersi kelab Belgium, KV Kortrijk di Malaysia.

Sebelum ini, para peminat bola sepak tempatan meluahkan hasrat mereka untuk membeli jersi tersebut sebagai tanda sokongan kepada pemain negara, Luqman Hakim Shamsudin namun mereka berdepan pelbagai kesukaran untuk mendapatkannya.

Para penyokong kini tidak perlu bimbang lagi kerana pihak Al-Ikhsan turut membuka jualan secara dalam talian melalui laman web https://www.al-ikhsan.com dengan kuantiti yang terhad.

192409058_4044238042324249_4244042193596958193_n

Berdasarkan laman web tersebut, kesemua jersi HOME dan AWAY termasuk kit jersi ketiga dijual dengan harga RM199 dan mempunyai kualiti gred original yang didatangkan khas dari Belgium.

Ini adalah koleksi ‘rare’ yang patut dimiliki oleh para pengumpul jersi dan peminat Luqman Hakim supaya dapat dijadikan sebagai barang kenangan pemain Malaysia beraksi dengan kelab eropah.

Dapatkan segera sebelum kehabisan!

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim melalui pautan dibawah. 

Tan Cheng Hoe Beri Sebab Mengapa Luqman Hakim Dan Arif Aiman Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan

Luqman Hakim: “Saya Minat Merantau, Suka Pergi Tempat Orang. Ambil Masa 5 Bulan Untuk Menyesuaikan Diri.”

Luqman Hakim Beraksi 22 Minit Dalam Perlawanan Persahabatan KV Kortrijk