Selepas perlawanan Vissel Kobe bertemu JDT semalam, ramai juga peminat bola sepak Malaysia yang menunjukkan minat untuk mendapatkan jersi pasukan dari Kobe itu yang dilihat menarik terutama berada dibadan Iniesta khususnya.
Kami telah melakukan pemantauan dilaman web kedai rasmi Vissel Kobe dan mendapati ada 2 jenis jersi yang dijual kepada penyokong iaitu Authentic Version dan Replica Version.
Namun, apa yang lebih menarik adalah harga yang dijual yang boleh dikatakan cukup eksklusif mencecah 4 angka jika ditukarkan dalam mata wang Ringgit Malaysia, mengalahkan harga jersi kelab dari eropah!
Bagi sehelai jersi Authentic Version fullset, harga jualan adalah JPY35,000 atau RM1,320 sehelai dan pembeli boleh memilih untuk meletakkan nama pemain atau pun tidak pada jersi tersebut.
Manakala bagi jersi Replica Version pula dijual pada harga JPY20,000 atau RM753 sehelai dan pembeli boleh memilih nama pemain atau pun tidak untuk sama seperti Authentic Version.
Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan apa kelebihan yang ada pada jersi mereka sehinggakan dijual pada harga sedemikian, tetapi sepanjang pengalaman yang ada, orang Jepun tidak mempunyai masalah besar untuk membeli jersi ini sebenarnya sesuai dengan apa yang mereka ada.
Tambahan pula, kebanyakan jersi mereka ini adalah unik dan menjadi kegilaan para pengumpul jersi selain memiliki beberapa versi lain mengikut musim di Jepun atau keraian yang istimewa.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Jepun yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
JLeague Berkolaborasi Hasilkan Model Gundam Bagi Setiap Kelab J1 League Musim 2020
Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi